Friday, January 7, 2011

The Tourist


Starring: Angelina Jolie, Johnny Depp, Paul Bettany, Stevan Berkoff

Director: Florian Henckel von Donnersmarck

Studio: Columbia Pictures

Release: Dec 29, 2010 M'sia.




Review pertama tahun ini. Jyeah!! Dah setahun lebih aku tak mengarang, rasa macam dah hilang touch. Formula untuk me-review pon dah lupa habeh haih. So untuk first review of the year ni aku nak karang sikit aja. Hampa baca ja, jangan dok banyak bunyik sangat.


Cerita dia lagu ni la lebih kurang;-


Frank Tupelo(Johnny Depp) adalah seorang pelancong dari Amerika ke Itali. Sedang beliau tengah dok rilek² melayan novel penyiasatan dalam train, beliau didatangi oleh Ellise Ward(Angelina Jolie) dengan agenda tersembunyi. Usai makan malam bersama didalam train dan setelah sampai ke Venice, Ellise menjemput Frank bermalam di hotel beliau. Tanpa Frank sedari, Ellise pada ketika itu sedang diperhatikan oleh Italian Interpol kerana beliau sebenarnya adalah kekasih kepada Alexander Pearce yang dipercayai mencuri sejumlah duit yang banyak daripada ketua kumpulan gangster Reginald Shaw.


Set pengambaran yang terbaik, sedikit di paris selebihnya di Venice. 2 tempat yang sangat sinonim dengan kisah² romance. Intro yang nice. Memang aku suka plot yang dark, slow dan berteka teki macam nih. Membolehkan otak cerdas aku ni kembali berfungsi setelah setahun bercuti. Dan ia berubah secara total selepas itu. Setiap plot walaupun pada mulanya sedikit twisted dan dark, namun ia menjadik semakin mudah difahami setelah segala keserabutan diawalnya diterangkan secara amat terperinci. Dan diketika mana aku berharap plot akan menjadik semakin mencabar minda, rupanya tidak. Cuma sedikit part di penghujung cerita yang di twistedkan sedikit. Dan walaupun part itu telah pon dapat diramal, ia masih lagi dapat disampaikan dengan penuh dramatic dan emosi.


Watak yang dibawa oleh Johnny Depp juga agak unik dan simple, memang agak lain dari watak² freak-show yang selalu dibawa beliau. Dan seperti biasa, ia dapat dibawa dengan cemerlangnya oleh Johnny Depp. Siapa sangka yang Johnny Depp mahu membawa watak sebagai seorang cikgu matematik? Pelik bukan? Begitu juga dengan Angelina Jolie, mungkin kerana sudah terlalu banyak movie² berbentuk thriller yang dilakukannya, watak Ellise kelihatan amat sebati dengan beliau. Cuma ada satu perkara yg sedikit mengganggu aku adalah, individually mereka berdua mmg berlakon secara mantap. Maintan sampai habeh. Tapi aku tak dapat Nampak keserasian diantara kedua mereka. Tadak chemistry orang kata.


Bagi aku overall movie adalah sangat nice, a bit dark and twisted tapi tak terlalu dark sehingga sukar difahami. Penceritaan yang sangat manis dan menarik. Tetapi rahsia sebenarnya adalah dengan adanya Angelina jolie dan Johnny depp dalam mana² movie, cerita yang tak menarik pon akan jadik blockbuster la brader....






Monday, January 3, 2011

I have comeback, to live!





Post aku yang terakhir adalah pada Jun 2009, sekarang dah 2011. Memang lama gila babi aku stop blogging. So kini aku nak kembali ber-blog, kembali menonton movie² secara serius dan lantas me-review secara progresif. Azam tahun baru, nak kasi blog ni lagi gempak dari dulu. Kepada semua yang masih follow blog aku nih, kat bawah ni aku list-kan beberapa movie menarik yang akan keluar pada tahun baru 2011 ini.


- transfomer - dark of the moon
- pirates of the caribbean on strangers tide
- fast 5
- somewhere
- beastly
- source code
- johnny english reborn
- fighter
- limitless
- new paul
- roommate
- breaking dawn (part 1)
- harry potter (final chapter)
- kungfu panda 2
- i spit on your grave
- the tourist
- no strings attached
- tree of life
- the girl who kick the hornet nest
- the roommate
- i am number four

- the mechanic
- sucker punch
- the beaver


Mungkin aku akan review semua movie diatas, kalau aku rajin la.
* list ini mungkin akan bertambah dari masa ke semasa.