Monday, June 29, 2009

Iron Man 2 Teaser Poster


Sunday, June 28, 2009

Alice In Wonderland


Mari teka ini siapa.

Friday, June 26, 2009

Transformers Revenge Of The Fallen

Starring: Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson,Isabel Lucas

Director: Michael Bay

Producer: Lorenzo Di Bonaventura,

Studio: DreamWorks Distribution LLC

Release:Jun 24, 2009 Wide




Oleh kerana terdapat beberapa masalah dan kejadian yang menimpa pada minggu ini aku tak sempat untuk menonton Transformers Rise Of The Fallen pada hari pertama ia mula ditayangkan pada selasa lalu. Tapi tak mengapa, hari kamis pon ok jugak. Pertama kali dalam sejarah menonton wayang aku di sebelah utara semenanjung ini dimana tiket untuk premiere class aku ini terpaksa dibeli 4 hari lebih awal. Dan dengan website gsc.com.my yang overload dengan user setiap hari semenjak selasa petang lalu menyebabkan orang ramai tidak lagi berpeluang membeli tiket online dan ini adalah pertama kali berlaku semenjak website itu dibuka rasanya.


This is no longer a blockbuster. It’s already a phenomenon


Sinopsis;- Presiden US of A telah beranggapan yang kekecohan yang ditimbulkan oleh Decepticon adalah kerana mereka mahu memburu Autobots yang masih lagi berada dibumi, maka oleh itu Autobots disarankan supaya meninggalkan bumi. Manakala Decepticon telah mula berfikir dua langkah kedepan, menggodam satelit milik kerajaan US of A untuk mengorek semua rahsia tentang tempat penyembunyian all-spark dan dimana Megatron di humban. Sam witwicky telah secara tidak sengaja menyerap sumber kuasa dari serpihan all-spark. Dan The Fallen pula mula bangkit untuk membereskan urusan yang belum selesai di bumi dan sekaligus cuba untuk membalas dendam kesumatnya terhadap the last kind of Primes.


Intro yang membawa kita semua terus ke battlefield, ironhide adalah autobots yang paling mula menunjukkan muka tetapi entrance yang paling majestic adalah entrance Optimus Prime yang mana dia dijatuhkan dari pesawat pengangkut NEST terus ke tempat pertempuran. Boom-boom-boom, itu aja yang aku dengar setakat ini. Pada masa ini aku tahu jalan cerita adalah benda yang paling tak penting dalam movie ini. Micheal Bay juga tahu yang kebanyakan dari kita hanya nak tengok Autobots dan Decepticon beraksi. Dan itulah apa yang beliau berikan.


Rupabentuk dan grafik setiap bots adalah amat mengkagumkan, buleh aku katakan ia adalah hampir 3 kali ganda lebih cantik dari Transformers yang pertama. Setiap pergerakan diperincikan satu persatu. Setiap inci detail dan elemen yang menjadi nadi utama pada siri kartun Transformers diguna pakai dengan begitu sempurna. Daripada bentuk lambing, perwatakan setiap bots sehingga ke bunyi tranfomation “et-ot-ot-et” dan “et-ot-cot-ot-et”. Semua fanboys lama dan fanboys baru takkan kecewe setelah mendengar bunyi ini. Lebih banyak bots bermakna lebih banyak aksi. Baik dari Decepticon dan juga Autobots. Tapi sayangnya tak banyak screen time untuk Ironhide, cuma lebih banyak mengetengahkan dua autobots baru; Twins, yang menjengkelkan. Menyebabkan aku berasa sedikit kecewa.


Eygpt yang dibina micheal bay kelihatan amat buleh dipercayai, aku tak sangka yang Hollywood mempunyai modal yang amat besar untuk membuat Egypt sendiri.


Lakonan Shia LeBouf kali ini lebih menjadi, tak kelihatan rookie seperti dalam transformers yang pertama. Manakala megan fox masih lagi sama, hot babe who cant really act. Josh Duhamel seperti biasa, supercool guy. Memang senang berlakun watak macam ni dengan muka macam tuh. Dan best male performance aku bagi kepada Tyresse, damn aku suka tengok negro tuh. Tak perlu bagi banyak dialog untuk dia, dan masih buleh jadi antara yang paling menyerlah. Rasanya kalau tak bagi apa-apa dialog pon dia tetap akan menyerlah. Watak yang lain seperti Isabel lucas, er..tak berapa menjadi. Better luck next time, maybe.


Aku pernah katakan diatas yang jalan cerita adalah tak begitu penting dalam transformers kali ini, tetapi apa yang ditunjukkan kali ini sememangnya telah mengganggu aku. Mengapa? Ok, pertama adalah kerana terlalu banyak isu yang berlaku didalam movie ini. Baca balik sinopsis aku diatas. Tengok, sampai empat jalan cerita yang perlu aku digest dan analyst dan masih lagi belum dapat kenal pasti yang mana satu adalah main isu. Walau aku tahu isu sebenar adalah Autobots vs Decepticons. Tetapi penceritaan yang sebegini menyebabkan jalan cerita menjadi celaru tak menarik, sememangnya akan menjadi punca kegagalan jika pada movie lain. Micheal Bay cuma bertuah kerana mempunyai Autobots dan Decepticons pada pihaknya. Kedua adalah kerana terdapat sesetengah isu yang tergantung begitu sahaja, seperti apakah fungsi sam yang buleh melihat dan menghafal symbol-simbol bahasa primes yang pada akhirnya isu itu Cuma diselesaikan dengan teka-teki dari jetfire? Isu yang di built-up dengan cara yang lain dan di end-up dengan cara lain. Does not make any sense.


Tapi sekali lagi aku masih nak bercakap tentang battle of the bots. Tiada cacat cela dari mula sehingga habis. Personal favourite aku adalah scene battle dalam hutan. Optimus Prime vs 3 Decepticon. Mana ada lagi epik dari itu. Final battle dengan The Fallen juga menarik tetapi sedikit mengecewakan kerana The Fallen kelihatan begitu mudah dikalahkan. “I rise, You fall” Macam tu ja? Kemunculan Devastator betul-betul amat majestic. Really meets the expectation. Micheal bay ada berkata “if you got the whole gold in this world, you can only built just half of the devastator”. Tapi sayang, dia kalah dengan Agent Simmons. Tak aci, agent Simmons pakai chat code tropedo. Satu lagi battle yang aku suka adalah Bumblebee vs Decepticons Pencari (aku lupa nama dia). Aku rasa sepanjang dua tahun di bumi mungkin bumblebee sudah pergi ke Thailand dan berguru dengan Tony Jaa, kerana semua buah tomoi Bumblebee adalah kelihatan amat sempurna.


Overall pada aku movie ini buleh aku katakan adalah Action Movie of the Year. Almost perfect, betul-betul apa yang fans mahukan, mungkin lebih dari apa yang dijangkakan. Dan jikalau jalan cerita diperfectkan sedikit lagi mungkin aku akan pertimbangkan title Movie Of The Year. Dengan bujet 400juta USD, rasanya dalam masa 1 minggu ini Micheal Bay dah buleh dapat balik modalnya itu. Dan menurut Bay lagi, kita semua tentu sekali akan dapat menonton Transformers 3. Tetapi bukan diarahkan oleh beliau lagi. Oh tak mengapa. Aku berharap Jerry Buckhermier berminat untuk mengarah.


Dan ya satu lagi komen yang terakhir. Dari intro sehingga ke battle yang terakhir aku menunggu dan berharap agar Optimus Prime untuk melafazkan “the magic words”. Tetapi nampaknya sampai kesudah “the magic words” yang aku harapkan tidak muncul. Mungkin frasa “Autobots! Transform and roll out” sudah tidak relevan lagi bagi Optimus.




Sunday, June 14, 2009

The Final Destination 3D Trailer

Finally it began again.

Drag Me To Hell

Starring: Alison Lohman, Justin Long, Lorna Raver, Dileep Rao,

Director: Sam Raimi

Screenwriter: Sam Raimi, Ivan Raimi

Studio: Universal Pictures

Release: 29 May 09(US), 11 June 09 (MY)



Setelah sekian lama aku rindukan movie-movie seram original dari Hollywood, maksud aku bukan yang diremake oleh Hollywood dari movie seram asian. Dan tajuk terakhir movie seram Hollywood yang aku tonton kalau tak salah adalah ‘The exorcism of Emily Rose’. Dan kali ini setelah sekian lama, Drag me To Hell datang memberi harapan kepada semua yang movie seram original dari Hollywood takkan berkubur begitu sahaja, dan tak akan menyerah kalah kepada movie seram dari asia. Pada pendapat aku sendiri, nisbah peminat movie seram asia kepada movie seram Hollywood adalah 8 : 2 . Aku adalah didalam yang 2 itu.


Drag me To Hell adalah kesah tentang seorang pegawai bank bernama Christine Brown yang bertanggung jawab untuk meluluskan loan perumahan dan lain-lain loan yang berkaitan. Christine suatu hari telah didatangi oleh seorang perempuan tua yang bernama Sylvia Ganush dan merayu kepadanya untuk melengahkan tempoh pembayaran rumahnya sebelum ia ditarik balik oleh pihak bank. Christine dalam usaha untuk menaikkan pangkat sendiri ke Assistants Manager telah membuat keputusan untuk tidak meluluskan permohonan perempuan tua itu. Berang dengan tindakan itu, perempuan tua itu telah menyerang dan kemudiannya menyumpah Christine. Dan dalam masa tiga hari, Christine akan diheret ke neraka.

Ia tidak membuatkan anda semua tunggu lama sebelum ia datang secara tiba-tiba dengan aksi suspend yang pertama, seriously, aku sendiri pon belum sempat parkin elok-elok. Part terkejut yang terlalu awal menyebabkan aku berasa aku tak akan senang duduk dalam panggung disepanjang perjalanan movie. Namun sayangnya plot-plot berikutnya menjadi semakin lembab dan kelihatan seperti seluruh movie telah pon diceritakan di dalam trailer. Walau jalan ceritanya kelihatan terlalu mudah difahami, aku suka dengan bagaimana penceritaan dibuat, agak terperici satu persatu daripada siapa itu Sylvia Ganush dan hantu apa yang sedang Christine berdepan dan bagaimana untuk meng‘undo’kan sumpahan tersebut.

Aku amat suka dengan element muntah hijau masuk mulut yang digunakan, walau sememangnya dari dulu element muntah hijau dah banyak dipakai tetapi muntah dari badan mayat yang terus masuk ke dalam mulut manusia, wah, ini baru! Part pemujaan ‘panggil hantu’ bagi aku kelihatan amat menarik dan amat buleh dipercayai walau ada sedikit part yang sedikit sebanyak kelihatan tak perlu dan buleh mencacatkan permandangan seperti part dimana demon yang bernama ‘Lamia’ itu diseru dan memasuki badan salah seorang pemuja dan secara tiba-tiba menari cha-cha sambil kelihatan amat tergantung dengan kabel. Kantoi la.

Grafik pada keseluruhan movie kelihatan OK, tak lah terlalu dahsyat namun ada sedikit-sedikit bahagian yang dimana grafiknya kelihatan seperti buat tak siap. Dan ini tak sepatutnya, memandangkan Sam Raimi pernah mengarahkan Spider Man sebelum ini. Jika dari sudut casting pula, rasanya semua ok. Alison Lofman berjaya melakonkan watak Christine dengan bagitu sempurna, memang aku dapat percaya melihat mukanya yang sedang dalam kesengsaraan. Begitu juga dengan pelakon yang lain. Mungkin kerana jalan cerita yang agak lite dan mudah menyebabkan aku tak begitu menekankan tentang soal lakokan para pelakon.

Keseluruhan movie bagi aku adalah agak simple dan menarik, walau ia tak seseram yang aku harapkan dan ia juga tidaklah tidak seram langsung sehingga mampu mengecewakan aku. Masih ada banyak part-part suspens dan scene-scene seram yang kejam yang jarang didapati dalam movie seram asia. Buleh jugak dikatakan ia bermula dengan begitu suspend, dipertengahan agak easy-going, masih seram dan banyak part terkejut, dan ending yang cantik dengan plot yang tak terduga.

Tuesday, June 9, 2009

Crank 2 High Voltage : DVD Review

Starring: Jason Statham, Amy Smart, Bai Ling, David Carradine

Director: Mark Neveldine, Brian Taylor

Studio: Lions Gate Films

Theatrical Release: Apr 17, 2009 (US)

DVD Price: RM 4 (gambar ok, tapi sound tak clear)



Kepada sesiapa yang masih belum menonton Crank 2 : High Voltage, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu menonton Crank yang pertama. Bukannya kerana ia terlalu bersangkut paut tetapi untuk kenal dengan lebih mendalam tentang gaya setiap watak dan sedikit sebanyak sejarah cerita ini sendiri.

Sinopsis.

Setelah Chev Chelios berjaya membunuh Ricky Verona dan mendapat cure untuk Chinese synthetics drug pada penghujung Crank 1st, malangnya Chev terjatuh dari helicopter terus ke atas jalan tar. Poetic. Namun beliau berjaya diselamatkan oleh sekumpulan triad. Malang lagi untuk Chev, kerana triad tersebut telah mencuri strawberry tart-nya (jantung) dan digantikan dengan jantung artificial yang berkuasa bateri. Chev kini mahu memburu kembali strawberry tart-nya itu.


The Good.

Apa yang hebat dalam instalment kali ini? Tentunya Chev Chelios masih lagi dilakonkan oleh Jason Statham. Hero nombor satu aku pada masa kini. Permulaan movie adalah amat cemerlang, lebih hebat dari permulaan crank 1st. Apa sebenarnya yang membuatkan movie ini begitu nice adalah setiap part yang sepatutnya dalam movie yang lain dilakukan dengan penuh aksi dan gaya tetapi dalam crank setiap part itu ia disulamkan dengan 75% unsur lucu yang melampau atau lawak bodoh yang over the top. Sememangnya tidak akan terdapat gaya yang seperti ini dalam mana-mana movie Die Hard. Slapstik yang digunakan sememangnya adalah amat terbaik, mungkin bagi sesetengah penonton mereka akan berkata ia adalah terlalu melampau dan tidak wajar, tetapi bagi aku ia adalah menarik dan sememangnya (sekali lagi) tak akan terdapat dalam mana-mana movie dari Adam Sandler. Bukanlah aku nak katakana yang Adam Sandler itu tidak lagi lucu, but this is something else.

Chev Chelios masih lagi harus berlari. Element yang membuatkan movie menjadi kalut tak ketahuan punca ini masih lagi berkesan. Apa lagi? Ya, bertambahnya part nudity, boobs, big black ass, dan juga gay dimerata-rata, tak bosan mata memandang. Half naked chicks holding machine gun? Mana ada lagi hot dari tuh. Dan pada ketika ini mungkin anda akan beranggapan yang ini hanya movie lawak bodoh tak jadi yang cuma mahu jual movie dengan menonjolkan boobs. Anda salah. Setiap action scene bagi aku adalah yang tebaik, daripada scene Chev lari, police car chase, bertumbuk, gun fight, dan juga scene Chev dan Eve ‘doin it’ di tengah-tengah trek lumba kuda ketika perlumbaan sedang berlansung. Klasik. Oh ya, part ‘cut your own nipples for failing your task’ tu bagi aku memang sangat-sangat nice. Brutal terok-terok kot…


The Bad.

Sukar bagi aku untuk mencari kelemahan movie ini. Selain dari sound dari dvd cetak rompak aku itu. Celaka punya tokey cina. Tapi itu tak dikira sebagai kelemahan movie. Ok, aku bagi satu, tiada apa yang perfect kan? Kehadiran watak bai ling sedikit sebanyak sememangnya merimaskan mata. Dalam movie ini aku tak kesah dengan taktik menggunakan lebih banyak watak yang tiada fungsi, kerana ia akan kelihatan lebih serabut, lebih dramatic dan lebih tidak serious. Tetapi ia tidak berkesan dengan watak bai ling. Aku tak tahu mengapa.


Overall.

Ini mungkin bukan action movie yang paling hebat tahun ini, tapi ini adalah comedy yang terbaik setakat ini pada tahun ini. Membuktikan pada kita semua yang dengan idea yang kreatif, kita tak perlu comedian untuk membuat sebuah movie yang super lucu. Ini mungkin juga movie yang terakhir dilakonkan oleh David Gerradine, walau cuma watak kecil sebagai Poon Dong. Rasanya mungkin Chev Chelios yang tembak gerradine dekat hotel di Thailand tu kot. Dan aku suka cara Chev sebut Cantonese sebagai Cunt-tonese.

Sunday, June 7, 2009

Toy Story 3 Trailer

Buzz Lightyear to the rescue, again?

*maaf, malas untuk buat sebarang review untuk movie baru minggu ini.


Tuesday, June 2, 2009

New Moon Trailer





kenapa tak nampak batang hidung dakota fanning pon?