Wednesday, April 29, 2009

The Song Of Sparrows Trailer

Untuk Pengetahuan semua, movie ini tidak ditayangkan di malaysia. Jika ditayangkan pon, entah bila. Maka disini aku menyeru kepada semua pembaca aku disini, jika ada antara anda semua ada kenalan atau saudara yang berkhidmat di bahagian yang bertanggung-jawab untuk memilih movie yang mana sesuai untuk dimasukkan ke panggung malaysia, sila sarankan beliau untuk memasukkan movie ini. Kerana aku 100% yakin yang movie ini adalah 10 kali ganda lebih hebat, 10 kali ganda lebih realistik, 10 kali ganda lebih berkesan dan 10 kali ganda lebih sedih daripada movie Pursuit Of Happiness.

Laman web rasmi: http://www.thesongofsparrowsmovie.com/

The Girlfriends Experience Trailer HD

Awal bulan ini aku ada postkan satu entry yang bertajuk sama dengan tajuk ini. Tentang Sasha Grey, seorang pornstar atau lebih sedap disebut adult entertainer yang telah melompat masuk ke dalam aliran mainstream hollywood. Berikut adalah trailer untuk movie itu. Ada can masuk panggung Malaysia ka?

Monday, April 27, 2009

The Uninvited

Starring: Emily Browning, Elizabeth Banks, Arielle Kebbel, David Strathairn

Director: Guard Brothers

Studio: DreamWorks Distribution LLC

Tarikh Tayangan: 30 Jan (US), 23 Apr (MY)




Ini adalah sebuah lagi filem bergenre seram dari korea yang telah diremake oleh Hollywood. Menurut rakan, ia adalah remake dari movie yang bertajuk ‘A Tale Of Two Sisters’ dan aku memang tak into sangat movie² horror dari korea atau jepun nieh. Akan tetapi apabila aku tertengok trailer movie ini di youtube, dan benda yang paling pertama menarik minat aku untuk menontoninya adalah Emily Browning. Maka di hujung minggu yang seperti biasa, aku dapati aku dah pon beli tiket untuk movie The Uninvited ini. Dan aku rasa aku nak buat review, tentang The Uninvited, bukan tentang A Tale Of Two Sisters.

Walau aku tak tonton banyak movie hantu korea/jepun, di awal movie ini aku dah sememangnya buleh agak bagaimana jalan cerita ini akan berlangsung. Seperti biasa, ada satu watak kena bunuh, dan hantunya akan kembali ke rumah lama untuk menasihatkan atau menyarankan ahli keluarga terdekat menyiasat dan membongkarkan bukti-bukti kes pembunuhan sehingga tertangkapnya pembunuh sebenar.

Dari mula kelihatan perjalanan plot yang muram, mungkin dibuat muram untuk menggambarkan kehorroran jalan cerita. Jika ini cerita hantu mengapa aku tidak merasa takut atau terkejut sepertimana efek-efek gejut-gempaq yang sering dibuat dalam movie-movie hantu yang lain. Aku mula berasa bosan. Ketika itu pandangan aku hanya tertumpu pada bibir Anna (Emily Browning). Mungkin ramai yang tidak perasan, sepertimana juga aku sendiri, ini mungkin kelihatan seperti movie pertama bagi Emily browning. Salah. Sebenarnya sebelum ini Emily pernah memegang watak sebagai Violet Baudelaire, bergandingan bersama Jim Carrey didalam Lemony Sniket’s A Series Of Unfortunate Event. Ya dia kelihatan amat muda lima tahun dahulu.

Selain dari bibir yang menarik, sudah tiada apa lagi yang mampu movie ini tawarkan untuk aku. Buleh dikatakan segala-galanya tak cukup. Tak cukup gadis, tak cukup sexy, tak cukup ghairah, tak cukup big boobs, tak cukup cleavages, tak cukup itu dan ini. Guard Brothers, sila contohi Micheal Bay ya! Lihat sahaja kedua-dua movie Texas Chainsaw-nya itu, cukup segala sifat. Dan kamu tahu yang aku tak bercakap dari aspek horror.

Masuk dipertengahan movie, setelah aku sedar yang tidak telalu banyak hantu yang berkeliaran dalam movie hantu ini, aku mula sedar yang movie ini mula ingin aku bermain mari cuba seleasaikan misteri-misteri ini. Semakin menarik, kerana walau jalan cerita agak mudah, namun ada sesetengah part misteri yang kelihatan tiada kena mengena dengan suspek, walau cuba dikaitkan sendiri oleh watak utama iaitu anna.

Dan dipenghujung semua menjadi semakin menarik, jalan cerita yang pada mulanya aku anggap mudah dan direct to the point rupanya ada diselitkan sedikit twisted plot. Sebenarnya bukan sedikit, plot ini yang akan menggambarkan keseluruhan jalan cerita, dan ia dilaksanakan dengan begitu cantik. Syabas Guard Brothers. Atau patut aku ucap syabas kepada Kim Jae Woon aja?

Pada keseluruhannya, movie ini sepatutnya menggugurkan part horror, dan lebih molek jika berterus terang tentang aspek suspense yang dihidangkan. Dan walau terlampau banyak detail yang tak dihuraikan kembali pada penghujung movie, itu semua buleh difahami dan dianalisa sendiri oleh setiap penonton. Dan walau tak cukup berhantu, ia adalah movie yang buleh dikatakan not bad untuk tontonan DVD, kerana terlalu banyak part yang dipotong dalam panggung.

Saturday, April 25, 2009

Twilight Saga: New Moon


Urgh! Mungkin entry ni akan mencacatkan blog aku ini secara total. Tapi tetap aku nak post jugak entry nih. Mempersembahkan, foto pertama dari sequel Twilight New Moon. Sebaris vampires dari Wolf Pack clan. Harap maaf Edward Cullen tidak disenaraikan kedalam pack ini. Para gadis, sila print gambar ini lekat di pintu jamban. Atau mungkin buleh di buat wallpaper pada laptop kamu.

Tuesday, April 21, 2009

The Fallen


Adakah ini The Fallen? Damn!

Kids' letters to Micheal Bay

Berikut adalah beberapa pucuk surat dari beberapa orang kanak-kanak yang ditujukan khas untuk Micheal Bay. Klik gambar utk saiz besar.

Billy Su - Age 8 - Chicago, Illinois

M. Smith-Gonzalez - Age 6 - Havana, Cuba

Brian Warner - Age 7 - Modesto, California

Steven Blomquist - Age 8 - Aurora, Illinois

Sam Huntington - Age 9 - Orlando, Florida

lucu dan setupid bukan? untuk artikel penoh sila klik link dibawah;

Monday, April 20, 2009

Kinta 1881: DVD Review

Director : CL Hor

Executive Producer : Adrian Wong & Wong Chee Meng

Screenplay : Chow Lam Leong & CL Hor

Stunts Director : Chin Kar Lok

Tarikh Tayangan : November 2008

Harga DVD : aku pinjam dari kawan.


Kisah tentang kehidupan sekumpulan pelombong bijih timah yang datang melombong di Tanah Melayu pada tahun 1881. Empat lelaki cina bersaudara iaitu Dragon, Blaze, Ace dan Tiger yang dikepalai oleh Tin Sok terpaksa melalui jerih perih kepayahan hidup sebagai kuli yang ditindas oleh majikan yang yang mengejar keuntungan. Tertekan dengan keadaan, mereka cuba meminta layanan yang lebih baik dari majikan. Namun apakan daya, janji manis majikan kepada mereka hanya omong kosong dan mereka juga dikhianati oleh majikan. Tempat tinggal mereka dibakar, dan rakan-rakan mereka dibunuh. Kini kumpulan pelombong yang dikepalai oleh Tin Sok dan empat bersaudara itu mahu menuntut bela.

Satu lagi cerita yang menggunakan khidmat narrator, namun didalam cerita ini suara narratornya menyebabkan aku terasa seperti sedang menonton Misteri Nusantara dalam bahasa cina, dan aku 100% yakin suara narrator itu adalah suara Zainal Ariffin Ismail. Namun terdapat masalah yang amat ketara pada bahagian vocal setiap character yang lain kerana didapati terlalu stereotype dan adakalanya tidak sekata, suara keluar dulu mulut gerak 4 saat kemudian. Amat annoying. Dan di pertengahan movie, kelihatan semua watak mahu jadi narrator, aku dah mula tak faham dan tak mahu faham cerita nieh.

Suasana tahun 1881 digambarkan dengan agak menarik, gua-gua yang cantik dijadikan sebagai lokasi dan kawasan kampong yang begitu Tanah Melayu juga dapat digambarkan dengan cantik. Nasib baik dia tak buat hang tuah sebagai cameo.

Susunan plot adalah antara yang paling huduh penah aku tengok. Dari part intro sehingga part kemuncak, eh ada part kemuncak ka? Semuanya kelihatan tak mengikut turutan. Sekejap flash back, kemudian kedepan balik, selepas tu flash back balik, lepas tu flash back dalam flash back. Ini menyebabkan jalan cerita yang amat mudah ini kelihatan terus seperti tiada jalan cerita. Juga terdapat terlalu banyak scene yang tak penting, kisah cinta yang tak pasal-pasal, cemburu yang entah dari mana datangnya, pembunuhan yang entah mengapa, mambalas budi yang tiada kena mengena. Semuanya kelihatan amat beceramuk dan tidak penting sama sekali. Hampir 87% watak yang ada dalam movie ini adalah watak yang tak perlu diwujudkan.

Menggunakan wushu master yang sebenar sebagai pelakon utama dalam cerita adalah tindakan yang tepat, hampir kesemua scene lawan kelihatan cantik dan menarik walau choreography-nya agak minimalis dan kelihatan hampir sama pada semua scene lawannya. Namun begitu, scene lawan yang tercetus secara tiba-tiba tanpa sebab akan mencacatkan movie secara total. Musuh yang datang entah dari mana dan untuk tujuan yang tidak diketahui. Dari tengah berjalan dalam gua sorang-sorang, tiba-tiba ja buleh pi dok bertumbuk di tengah pekan. Apa pasai?

Secara keseluruhan bagi aku movie ini adalah movie syiok sendiri, seperti sebuah movie yang aku tonton dulu juga menggunakan pengarah cina Malaysia yang bertajuk The Possessed, lakonan Amber Chia kalau tak silap, sebuah movie seram ala jepun yang mana jalan ceritanya satu pon tak bersangkut paut dengan motif seram sebenarnya. Pelakon utama juga kelihatan seperti pelakon tambahan yang langsung tak penting. Dan dalam movie Kinta ini, aku masih belum tahu yang mana satu hero dan mana satu villain.

Sunday, April 19, 2009

Transformers 2: Revenge Of The Fallen

be patient people. be patient.

Saturday, April 18, 2009

Paul Blart: Mall Cop

Starring: Kevin James, Jayma Mays

Director: Steve Carr

Screenwriter: Kevin James

Producer: Adam Sandler

Studio: Columbia Pictures

Tarikh Tayangan: 16 Jan (US) 16 Apr (MY)


Dari dulu lagi, aku tak pernah kecewa dengan mana-mana movie Adam Sandler. Dan kali ini walau beliau cuma berada dibelakang kamera dan tidak melakonkannya, aku optimis yang aura-nya akan menyinar pada seluruh movie ini.

Sedikit sinopsis. Paul Blart: Mall cop adalah kisah tentang seorang lelaki obes yang bernama Paul Blart bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli belah. Tidak bahagia dengan kehidupannya sekarang, hidup penuh dengan masalah. Ditinggalkan isteri yang berkahwin dengannya hanya untuk mendapatkan ‘green card’, tiada teman wanita, punyai anak yang terlalu banyak bercakap, menghidapi penyakit pelik yang dikenali sebagai hypoglecimia dan masih tidak dapat lulus ujian asas untuk menjadi pegawai polis. Paul Blart mempunyai masalah hidup yang cukup berat untuk lelaki yang sememangnya sudah amat berat.

Namun begitu, berlaku kejadian rompakan di mall dimana paul bekerja. Dan malangnya, paul secara tidak sengaja berada di tempat kejadian. Dan ini akan mengubah hidup paul sama sekali.

Apa yang menarik dilihat disini lakonan lucu Kevin James sememangnya berkesan, semenjak dari ‘I now pronounce you chuck and larry’ lagi. Walau watak Paul itu dicipta untuk kelihatan tidak begitu lucu, namun dengan lakonan Kevin dibantu dengan muka cacat dan juga perot buncit itu watak paul telah berjaya dibadutkan. Pemilihan Jayma Mays sebagai Amy ataupun heroin untuk movie ini yang sememangnya tidak sepadan langsung dengan Paul berjaya menimbulkan rasa kurang senang pada sesetengah penonton dan inilah sebenarnya sumber jenaka movie ini. Pasangan yang langsung tidak sepadan, tidakkah itu lucu? Tapi akan lebih perfect jika Jayma mays digantikan dengan Anna Faris. Dia lebih cute. Aku tak berapa pasti, tapi di satu sudut pada awal movie aku ternampak seperti ada Tila Tequila. Cameo tanpa nama di kredit?

Jalan cerita yang bermula agak lembab, terlalu banyak part lucu yang sudah biasa dilihat. Cuma ditokok tambah dengan penggunaan stunt man untuk menghasilkan gelak tawa yang lebih kuat namun kurang berjaya. Di pertengahan movie pada mana berlangsungnya scene rompakan oleh sekumpulan pengaksi parkour, jalan cerita bertukar wajah. Terasa seperti pernah aku tonton movie ini dahulu, ada penculik, ada mangsa, dan mangsa pandai guna barang-barang disekeliling untuk menumpaskan penculik. Richie Rich versi adult dan obes? Home Alone atau Mall Alone?

Letupan, tumbuk terajang, gusti dengan perempuan dan langgar belakang kereta. Ini antara scene-scene yang telah menyebabkan movie komedi yang simple ini telah diletakkan rating PG13. Jarang aku tengok komedi simple yang tiada sex-scene seperti ini masuk ke rating PG13, selain dari Year One lakonan Jack Black. Tapi itu isu lain.

Secara keseluruhan, aku rasa komedi yang dipaparkan tidak cukup komedi dan jalan cerita yang amat simple buleh digambarkan seperti makan cendol yang kurang lemak atau kurang kacang merah dan habes pada sudu yang ketiga anda mahu minta lagi tetapi sudah kehabisan stok santan dan kacang.

Watak favorite aku dalam movie ini adalah Pahud.

Wednesday, April 15, 2009

Mana satu Lara Croft pilihan anda?




















Aku bukan fanboys untuk mana² movie Tomb Raider, sebab aku tak suka Angelina Jolie. Atas seribu satu sebab. Tapi setelah aku buat rondaan harian dalam chickipedia petang tadi, aku terjumpa dia ini; Alison Carrol. Dan sekarang aku amat berharap movie Tomb Raider akan buat reboot dan gunakan beliau sebagai Lara. Kerana rasanya Alison lebih layak untuk watak ini jika dibandingkan dengan angie. Berkulit cerah, big boobs, gimnas, dan yang lebih penting, alison sememangnya dari England. Selain big boobs, apa yang angie ada untuk disamakan dengan Lara Croft ini? Takdak apa kan. Dia cuma ada muka yang sesuai berlakon dengan Vivid Entertainment ja. Aku harap angie baca entry aku ini.

The new face of lara croft. Itu jolokan yang diberi kepada Alison Carrol. Tapi bagi aku, she is the face of lara croft. Walau kini alison cuma memegang watak Lara Croft di dalam game Tomb Raider; Underworld, namun aku yakin aku akan tonton Alison Carol sebagai Lara Croft dalam movie Tomb Raider yang berikutnya.

Saturday, April 11, 2009

where the wild things are

Aku penah tangkap gambar mat sham, sebijik macam nieh. Eh, rasanya ni lah gambar tuh, cuma di edit letak tulisan ja.

Thursday, April 9, 2009

Fight Club : DVD Review


Pengarah: David Fincher

Studio: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 15th Oct, 1999

Harga DVD: RM6 (blu-ray copy kata tokey tuh)


Sepatutnya minggu ni aku hendak buat review tentang Fast And Furious 4, tetapi ada sesuatu tentang installment yang keempat itu telah menyebabkan aku hilang semangat untuk review. Samada terlalu banyak untuk diperkatakan, atau langsung tiada apa yang patut diperkatakan lagi tentangnya. Entah.

Maka oleh itu kerana mahu juga membuat review, aku ke kedai DVD pilihan untuk memilih sebarang movie untuk ditonton. Dengan pantas aku memilih 7 Pound, lakonan Will Smith. Tapi semasa sedang bergerak ke kauter pembayaran, aku perasan ada satu tajuk DVD yang dah lama aku dengar tajuknya tapi masih belum sempat tonton iaitu Fight Club. Memang adalah DVD yang tak buleh dibiarkan tergantung begitu saja tanpa dibawa pulang. Semenjak sekian lama, aku cuma mendengar mitos kewujudan movie ini dari rakan-rakan, tapi tak pernah jumpa di mana-mana kedai pon. Dan FYI, aku bukan kaki download movie. Porn dikecualikan. Dan malam itu aku berpuas hati dengan 2 tajuk di dalam tangan. Tapi aku cuma akan buat review untuk Fight Club.

Apa itu Fight Club?
 
Ia adalah sebuah movie adaptasi dari novel tahun 1996 karya Chuck Palahniuk yang juga bertajuk Fight Club. Berkisahkan tentang diri sang narrator yang cuma menggelarkan dirinya 'I am jack of'. Narrator adalah seorang lelaki 30an yang buleh dikatakan sudah mengecapi apa yang sepatutnya seorang lelaki 30an kecapi. Kerja yang hebat, gaji besar, rumah condo yang cantik dan obses dengan perabut. Cuma disetiap malamnya, narrator menghadapi masalah tidur atau mungkin tidak ketenangan fikiran. Maka beliau mula meluangkan masanya dengan menyertai beberapa terapi atau support groups untuk penghidap penyakit-penyakit yang tidak lagi dapat diubati hanya untuk mendengar keluhan perasaan dan meratapi sisa kehidupan mereka. Narrator dapat ketenangan melalui aktiviti begitu dan beliau menjadi ketagih dengannya. Disitu beliau berjumpa Marla Singer, yang juga kelihatan mempunyai hobi yang sama. Dan dalam satu trip kerja, beliau berjumpa dengan Tyler Durden di dalam kapal terbang. Sampai ke sini jalan cerita masih lagi mengelirukan, dan aku masih lagi tertanya-tanya, bagaimana pertemuaan ringkas ketiga-tiga watak itu buleh digabungkan dan mampu menjadi gabungan watak terhebat seperti dakwaan rakan aku satu ketika dahulu.

Kisah yang sebenar mula apabila condo yang dipenuhi perabut fancy narrator itu meletup diketika mana beliau baru saja pulang dari trip kerja. Dan oleh kerana tidak tahu siapa lagi yang patut dihubungi, beliau menghubungi Tyler Durden, si penjual sabun di dalam kapal terbang. Dan dengan baik hati, tyler Durden menawarkan beliau tempat untuk tinggal. Walau mereka berbeza secara total dari segi perwatakan. mereka dengan pantas menjadi akrab.
Huh.... aku sedang berfikir lama bagaimana hendak bercerita tentang fight club tanpa sebut tentang fight club. Mungkin tak buleh.

Ok, aku cerita jugak sikit, fight club adalah club bertumbuk bawah tanah yang ditubuhkan secara tak sengaja oleh narrator dan juga Tyler Durden ketika bertumbuk sesama sendiri di belakang bar. "The first rule of the club is, you dont talk about it". Namun setiap hari semakin ramai orang yang ingin menyertai fight club ini. Dan mereka berdua kini menjadi orang yang paling berkuasa dan juga lagenda didalam fight club ini. Club semakin berkembang sehingga mereka mempunyai ahli dari semua jenis pekerjaan. Dan akhirnya ia berkembang sehingga menjadi sebuah projek yang diilhamkan oleh Tyler Durnden yang dikenali sebagai Project Mahyem. Tetapi hampir dipenghujungnya ketika Tyler Durden sudah sedar diri, beliau ingin menghentikan project mayhem. Dan Tyler Durden juga cuba untuk menghalang usaha menghentikan project mayhem itu.

Secara kebetulan, kedua-dua movie yang aku tonton malam tu (7 Pound dan Fight Club) mempunyai corak penceritaan yang menggunakan narrator, ternyata cara narrating didalam fight club adalah lebih banyak membantu aku memahami jalan cerita dengan lebih jelas. Dalam 7 Pound ianya cuma menjadikan semuanya lebih celaru dan tidak banyak membantu, tidak perlu aku jelaskan disini mengapa, tetapi ada sebab mengapa narrator dalam 7 pound dibuat begitu.

Nampaknya tak banyak yang aku buleh review tentang fight club ini. Kelihatan seperti aku sedang menceritakan semula setiap plot yang berlangsung. Aku mahu stop disini, mencari Tyler Durden aku sendiri.

Tapi hey, aku tak begitu cam watak mana yang dipegang oleh Jared Letto.

Monday, April 6, 2009

The Girlfriend Experience

It's Sasha. It's Grey. It is Sasha Grey.



Kepada abang-abang disini yang tidak mengenali siapa itu Sasha Grey, sila tinggalkan blog ini dengan segera. Tak true la kalau tengok porn tapi tak kenal Sasha Grey. Rasanya fenomena ini baru bermula. Iaitu fenomena dimana semakin ramai adult entertainer (baca; pornstar) yang menyerlah mula berlakun di dalam movie-movie mainstream hollywood. Rasanya bermula dengan Tila Tequila, yang walau sekadar watak tambahan dalam I now pronounce you chuck and larry. Kini tiba giliran Sasha Grey pula keluar dari kepompong filem porno-nya untuk membintangi movie dari studio Magnolia Pictures yang bertajuk The Girlfriend Experience. Aku agak teruja, salah, aku amat-amat-amat teruja kerana semenjak sekian lama aku hanya terpaksa menonton Sasha dari skrin Xerus-TFT 14inch aku ini sahaja, kini aku dah dapat tengok di layar perak yang besar. Harap-harap lepas ni ada Bree Olson atau Jordan Capri pula. Puaih hati teroih...


Sinopsis:
"THE GIRLFRIEND EXPERIENCE is five days in the life of Chelsea, an ultra high-end Manhattan call girl who offers more than sex to her clients" - Screen Junkies


Dan jika anda tak kenal siapa Sasha Grey, sila klik pada gambar dibawah untuk info selanjutnya. Coming Soon in May 22nd.

Wednesday, April 1, 2009

heret aku ke neraka


Sehingga ke hari ini cerita horror/hantu original dari US (bukan yang jenis di remake dari cerita jepun) yang paling buleh diakui kehorrorannya bagi aku hanyalah Exorcist dan juga Poltergist. Akan tetapi ada sesuatu tentang tajuk ini yang menyebabkan aku terasa ia akan menjadi sehebat dan sehorror kedua-dua movie itu. Sam Raimi, tolong buktikan pada aku yang kau bukan hanya mampu buat movie Spidey!