Showing posts with label fiction. Show all posts
Showing posts with label fiction. Show all posts

Friday, June 26, 2009

Transformers Revenge Of The Fallen

Starring: Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson,Isabel Lucas

Director: Michael Bay

Producer: Lorenzo Di Bonaventura,

Studio: DreamWorks Distribution LLC

Release:Jun 24, 2009 Wide




Oleh kerana terdapat beberapa masalah dan kejadian yang menimpa pada minggu ini aku tak sempat untuk menonton Transformers Rise Of The Fallen pada hari pertama ia mula ditayangkan pada selasa lalu. Tapi tak mengapa, hari kamis pon ok jugak. Pertama kali dalam sejarah menonton wayang aku di sebelah utara semenanjung ini dimana tiket untuk premiere class aku ini terpaksa dibeli 4 hari lebih awal. Dan dengan website gsc.com.my yang overload dengan user setiap hari semenjak selasa petang lalu menyebabkan orang ramai tidak lagi berpeluang membeli tiket online dan ini adalah pertama kali berlaku semenjak website itu dibuka rasanya.


This is no longer a blockbuster. It’s already a phenomenon


Sinopsis;- Presiden US of A telah beranggapan yang kekecohan yang ditimbulkan oleh Decepticon adalah kerana mereka mahu memburu Autobots yang masih lagi berada dibumi, maka oleh itu Autobots disarankan supaya meninggalkan bumi. Manakala Decepticon telah mula berfikir dua langkah kedepan, menggodam satelit milik kerajaan US of A untuk mengorek semua rahsia tentang tempat penyembunyian all-spark dan dimana Megatron di humban. Sam witwicky telah secara tidak sengaja menyerap sumber kuasa dari serpihan all-spark. Dan The Fallen pula mula bangkit untuk membereskan urusan yang belum selesai di bumi dan sekaligus cuba untuk membalas dendam kesumatnya terhadap the last kind of Primes.


Intro yang membawa kita semua terus ke battlefield, ironhide adalah autobots yang paling mula menunjukkan muka tetapi entrance yang paling majestic adalah entrance Optimus Prime yang mana dia dijatuhkan dari pesawat pengangkut NEST terus ke tempat pertempuran. Boom-boom-boom, itu aja yang aku dengar setakat ini. Pada masa ini aku tahu jalan cerita adalah benda yang paling tak penting dalam movie ini. Micheal Bay juga tahu yang kebanyakan dari kita hanya nak tengok Autobots dan Decepticon beraksi. Dan itulah apa yang beliau berikan.


Rupabentuk dan grafik setiap bots adalah amat mengkagumkan, buleh aku katakan ia adalah hampir 3 kali ganda lebih cantik dari Transformers yang pertama. Setiap pergerakan diperincikan satu persatu. Setiap inci detail dan elemen yang menjadi nadi utama pada siri kartun Transformers diguna pakai dengan begitu sempurna. Daripada bentuk lambing, perwatakan setiap bots sehingga ke bunyi tranfomation “et-ot-ot-et” dan “et-ot-cot-ot-et”. Semua fanboys lama dan fanboys baru takkan kecewe setelah mendengar bunyi ini. Lebih banyak bots bermakna lebih banyak aksi. Baik dari Decepticon dan juga Autobots. Tapi sayangnya tak banyak screen time untuk Ironhide, cuma lebih banyak mengetengahkan dua autobots baru; Twins, yang menjengkelkan. Menyebabkan aku berasa sedikit kecewa.


Eygpt yang dibina micheal bay kelihatan amat buleh dipercayai, aku tak sangka yang Hollywood mempunyai modal yang amat besar untuk membuat Egypt sendiri.


Lakonan Shia LeBouf kali ini lebih menjadi, tak kelihatan rookie seperti dalam transformers yang pertama. Manakala megan fox masih lagi sama, hot babe who cant really act. Josh Duhamel seperti biasa, supercool guy. Memang senang berlakun watak macam ni dengan muka macam tuh. Dan best male performance aku bagi kepada Tyresse, damn aku suka tengok negro tuh. Tak perlu bagi banyak dialog untuk dia, dan masih buleh jadi antara yang paling menyerlah. Rasanya kalau tak bagi apa-apa dialog pon dia tetap akan menyerlah. Watak yang lain seperti Isabel lucas, er..tak berapa menjadi. Better luck next time, maybe.


Aku pernah katakan diatas yang jalan cerita adalah tak begitu penting dalam transformers kali ini, tetapi apa yang ditunjukkan kali ini sememangnya telah mengganggu aku. Mengapa? Ok, pertama adalah kerana terlalu banyak isu yang berlaku didalam movie ini. Baca balik sinopsis aku diatas. Tengok, sampai empat jalan cerita yang perlu aku digest dan analyst dan masih lagi belum dapat kenal pasti yang mana satu adalah main isu. Walau aku tahu isu sebenar adalah Autobots vs Decepticons. Tetapi penceritaan yang sebegini menyebabkan jalan cerita menjadi celaru tak menarik, sememangnya akan menjadi punca kegagalan jika pada movie lain. Micheal Bay cuma bertuah kerana mempunyai Autobots dan Decepticons pada pihaknya. Kedua adalah kerana terdapat sesetengah isu yang tergantung begitu sahaja, seperti apakah fungsi sam yang buleh melihat dan menghafal symbol-simbol bahasa primes yang pada akhirnya isu itu Cuma diselesaikan dengan teka-teki dari jetfire? Isu yang di built-up dengan cara yang lain dan di end-up dengan cara lain. Does not make any sense.


Tapi sekali lagi aku masih nak bercakap tentang battle of the bots. Tiada cacat cela dari mula sehingga habis. Personal favourite aku adalah scene battle dalam hutan. Optimus Prime vs 3 Decepticon. Mana ada lagi epik dari itu. Final battle dengan The Fallen juga menarik tetapi sedikit mengecewakan kerana The Fallen kelihatan begitu mudah dikalahkan. “I rise, You fall” Macam tu ja? Kemunculan Devastator betul-betul amat majestic. Really meets the expectation. Micheal bay ada berkata “if you got the whole gold in this world, you can only built just half of the devastator”. Tapi sayang, dia kalah dengan Agent Simmons. Tak aci, agent Simmons pakai chat code tropedo. Satu lagi battle yang aku suka adalah Bumblebee vs Decepticons Pencari (aku lupa nama dia). Aku rasa sepanjang dua tahun di bumi mungkin bumblebee sudah pergi ke Thailand dan berguru dengan Tony Jaa, kerana semua buah tomoi Bumblebee adalah kelihatan amat sempurna.


Overall pada aku movie ini buleh aku katakan adalah Action Movie of the Year. Almost perfect, betul-betul apa yang fans mahukan, mungkin lebih dari apa yang dijangkakan. Dan jikalau jalan cerita diperfectkan sedikit lagi mungkin aku akan pertimbangkan title Movie Of The Year. Dengan bujet 400juta USD, rasanya dalam masa 1 minggu ini Micheal Bay dah buleh dapat balik modalnya itu. Dan menurut Bay lagi, kita semua tentu sekali akan dapat menonton Transformers 3. Tetapi bukan diarahkan oleh beliau lagi. Oh tak mengapa. Aku berharap Jerry Buckhermier berminat untuk mengarah.


Dan ya satu lagi komen yang terakhir. Dari intro sehingga ke battle yang terakhir aku menunggu dan berharap agar Optimus Prime untuk melafazkan “the magic words”. Tetapi nampaknya sampai kesudah “the magic words” yang aku harapkan tidak muncul. Mungkin frasa “Autobots! Transform and roll out” sudah tidak relevan lagi bagi Optimus.




Sunday, May 10, 2009

Star Trek 2009

Pelakon: Chris Pine, Zachary Quinto, Karl Urban, Simon Pegg, Eric Bana, John Cho,Winona Ryder

Pengarah: J.J. Abrams

Penerbit: Michael Giacchino

Studio: Paramount Pictures

Tarikh Tayangan: 7 may 09


Sebenarnya aku tak layak untuk review movie star trek ini. Kerana aku masih belum cukup matang untuk bercakap tentang segala fiksyen yang diterapkan di dalam USS Enterprise. Baik yang dari tahun 70an, dan juga yang terbaru ini.

Cuma apa yang mampu aku katakan, ini mungkin adalah movie yang terbaik setakat ini untuk tahun ini, pemilihan pelakon yang perfect, tiada cacat cela. Setiap aspek penceritaan dan kesan khas diperincikan satu persatu. Dan walau screen time untuk winona ryder adalah terlalu sedikit sedangkan memang sudah sekian lama aku tidak menyaksikan beliau dilayar semenjak Edward Scissorhands(aku belum pernah menonton zoolander). Tetapi itu semua buleh dimaafkan. Dan Zachary quinto, yang pada awalnya aku rasakan akan terbawa-bawa aura sylar kedalam movie ini, rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Zachary berjaya membawa watak Spock dengan begitu sempurna, seolah-olah dia memang dilahirkan sebagai Spock dari mula. Zach, welcome to the Hollywood A-List!

Selain dari (commander) Spock, watak penting yang lain seperti James T. Kirk, Sulu, Scotty, Uhura, dan mamat Russian yang aku terlupa untuk hafal namanye kerana terlampau panjang dan pelik itu, semuanya berjaya memainkan watak masing-masing dengan begitu signifikan sekali. Sehingga menyebabkan aku sendiri terasa seperti adalah salah seorang crew didalam USS Enterprise.

Tak guna aku menulis panjang disini. Seperti yang aku katakan tadi, aku tak layak untuk membuat review ini.

Simply, this is the most beautiful action/adventure/fiction's movie of the year so far. Hands down.

Sunday, March 29, 2009

Knowing


Pengarah: Alex Proyas

Studio: Summit Entertainment

Tarikh Tayangan: 20 March 09 (US), 26 March 09 (MY)


Nicolas cage datang lagi, kali ini aku harap ianya hebat, seperti Next, tidak seperti Bangkok Dangerous. Dengan bantuan Alex Proyas, pengarah yang bertanggung jawab mengajar aku yang hero jahat adalah lebih hero dari hero biasa dalam franchise The Crow. Dan kata mereka lagi, beliau juga yang mengarah I-robot lakonan Will Smith. Berdasarkan kedua-dua filem ini, aku optimis yang Knowing tidak akan menghampakan. Dan trailer yang ditayangkan di youtube pon kelihatan agak hebat.


Bermula apabila sebuah sekolah rendah yang membuat ceremony pembukaan sekolah pada tahun 1959, dengan cara setiap pelajar haruslah membuat satu lukisan untuk diletakkan dalam time capsule dan yang hanya akan dibuka semula 50 tahun yang akan datang. Dan seorang pelajar bernama Lucinda Embry, penyumbang idea untuk acara ceremony tersebut sebaliknya menulis satu siri nombor rawak yang sukar difahami. Dan 50 tahun kemudian, apabila time capsule itu dibuka semula, kertas yang ditulis oleh Lucinda Embry diserahkan ke tangan Caleb Koestler, anak kepada seorang professor di MIT yang bernama John Koestler (Nicholas Cage) yang kemudian secara tidak sengaja cuba-cuba untuk mengkaji tentang siri nombor tersebut.

Ketika ini aku dipaksa berfikir, apakah sebenarnya maksud turutan nombor pada kertas Lucinda itu? Adakah ianya nombor digital? Binary? Tak mungkin. Decimal atau hexa decimal? Atau ia hanya sekadar turutan nombor telepon rakan-rakan terdekat Lucinda? Belum pasti juga.

Setelah dikaji oleh John, rupanya nombor-nombor berikut adalah tarikh dan jumlah fatality kepada beberapa siri kejadian bencana alam dan kemalangan yang terjadi dalam 50 tahun ini. Satu persatu mengikut turutan tahun. Dan menurut siri nombor dari kertas Lucinda itu, masih ada 3 lagi kejadian yang masih belum berlaku. John beranggapan yang dia dipilih untuk menyelamatkan keadaan. Ketika ini aku sekali lagi dipaksa berfikir, plot menjadi semakin cemas dan komplikated, mata menjadi semakin peka, telinga dibuka semakin luas, setiap nombor yang dipapar dan disebut secara terang dan terselindung dikaji. Plot yang sebegini hampir menyebabkan hampir kesemua penonton hilang fokus kepada jalan cerita, sebaliknya terlalu memberi tumpuan kepada segala nombor. Coke dan keropok lekor yang dibawa masuk langsung tak disentuh. Sehinggalah kejadian bencana pertama yang berlaku, aksi suspen yang rasanya lebih suspen daripada mana-mana plot Final Destination. Kejadian yang tak terjangka memang sudah dijangka, tetapi apa yang membuatkannya lebih menarik adalah cara kejadian bencana itu digambarkan. Dan walau ada sedikit masalah pada CGI, itu semua dapat dimaafkan. Kejadian bencana yang kedua juga digambarkan dengan cara yang sama. Namun begitu, ia masih lagi dapat membuat aku ternganga di sepanjang perjalanan movie.

Ketika mana movie bergerak ke klimaks, didapati nombor turutan Lucinda Embry terus diabaikan, ini mungkin kerana misteri bencana ketiga sudah pon terurai.

Tetapi pada bahagian penghujung movie, aku ada sedikit terasa seperti sedang menonton filem dari M Night Syamalan "The Sign". Ini adalah disebabkan terdapat unsur-unsur makhluk asing diserapkan kedalam movie. Sehingga ke hari ini unsur makhluk asing sebegini yang juga didapati didalam karya Stephen King "The dreamcatcher" dan juga Stephen Spielberg "War Of The World". Kedua-dua movie ini gagal dari aspek jalan cerita walau menggunakan nama besar dan juga efek yang canggih. Tapi untuk keseluruhan movie Knowing ini unsur ini adalah amat minimal dan rasanya tidaklah keterlaluan. Atau mungkin aku berkata begitu kerana sudah berpuas hati dengan plot suspen pada pertengahan movie.

Secara total tak keterlaluan jika aku katakan movie ini adalah movie yang paling hebat yang aku tonton dari semenjak awal 2009. Cuma aku tak berapa faham tentang metafora seorang budak lelaki, seorang budak perempuan dan sebatang pokok besar dipadang luas. Apakah itu? Adam and Eve versi 2.0? Namun begitu yang paling menarik adalah bagaimana mereka menggambarkkan kejadian kiamat di bumi. Sebelum ini aku tak pernah lihat ada mana-mana movie pernah memaparkan kejadian kiamat.

Dan pada aku, kiamat dalam Knowing adalah kiamat yang amat cantik. Graphically.