Sunday, June 14, 2009

Drag Me To Hell

Starring: Alison Lohman, Justin Long, Lorna Raver, Dileep Rao,

Director: Sam Raimi

Screenwriter: Sam Raimi, Ivan Raimi

Studio: Universal Pictures

Release: 29 May 09(US), 11 June 09 (MY)



Setelah sekian lama aku rindukan movie-movie seram original dari Hollywood, maksud aku bukan yang diremake oleh Hollywood dari movie seram asian. Dan tajuk terakhir movie seram Hollywood yang aku tonton kalau tak salah adalah ‘The exorcism of Emily Rose’. Dan kali ini setelah sekian lama, Drag me To Hell datang memberi harapan kepada semua yang movie seram original dari Hollywood takkan berkubur begitu sahaja, dan tak akan menyerah kalah kepada movie seram dari asia. Pada pendapat aku sendiri, nisbah peminat movie seram asia kepada movie seram Hollywood adalah 8 : 2 . Aku adalah didalam yang 2 itu.


Drag me To Hell adalah kesah tentang seorang pegawai bank bernama Christine Brown yang bertanggung jawab untuk meluluskan loan perumahan dan lain-lain loan yang berkaitan. Christine suatu hari telah didatangi oleh seorang perempuan tua yang bernama Sylvia Ganush dan merayu kepadanya untuk melengahkan tempoh pembayaran rumahnya sebelum ia ditarik balik oleh pihak bank. Christine dalam usaha untuk menaikkan pangkat sendiri ke Assistants Manager telah membuat keputusan untuk tidak meluluskan permohonan perempuan tua itu. Berang dengan tindakan itu, perempuan tua itu telah menyerang dan kemudiannya menyumpah Christine. Dan dalam masa tiga hari, Christine akan diheret ke neraka.

Ia tidak membuatkan anda semua tunggu lama sebelum ia datang secara tiba-tiba dengan aksi suspend yang pertama, seriously, aku sendiri pon belum sempat parkin elok-elok. Part terkejut yang terlalu awal menyebabkan aku berasa aku tak akan senang duduk dalam panggung disepanjang perjalanan movie. Namun sayangnya plot-plot berikutnya menjadi semakin lembab dan kelihatan seperti seluruh movie telah pon diceritakan di dalam trailer. Walau jalan ceritanya kelihatan terlalu mudah difahami, aku suka dengan bagaimana penceritaan dibuat, agak terperici satu persatu daripada siapa itu Sylvia Ganush dan hantu apa yang sedang Christine berdepan dan bagaimana untuk meng‘undo’kan sumpahan tersebut.

Aku amat suka dengan element muntah hijau masuk mulut yang digunakan, walau sememangnya dari dulu element muntah hijau dah banyak dipakai tetapi muntah dari badan mayat yang terus masuk ke dalam mulut manusia, wah, ini baru! Part pemujaan ‘panggil hantu’ bagi aku kelihatan amat menarik dan amat buleh dipercayai walau ada sedikit part yang sedikit sebanyak kelihatan tak perlu dan buleh mencacatkan permandangan seperti part dimana demon yang bernama ‘Lamia’ itu diseru dan memasuki badan salah seorang pemuja dan secara tiba-tiba menari cha-cha sambil kelihatan amat tergantung dengan kabel. Kantoi la.

Grafik pada keseluruhan movie kelihatan OK, tak lah terlalu dahsyat namun ada sedikit-sedikit bahagian yang dimana grafiknya kelihatan seperti buat tak siap. Dan ini tak sepatutnya, memandangkan Sam Raimi pernah mengarahkan Spider Man sebelum ini. Jika dari sudut casting pula, rasanya semua ok. Alison Lofman berjaya melakonkan watak Christine dengan bagitu sempurna, memang aku dapat percaya melihat mukanya yang sedang dalam kesengsaraan. Begitu juga dengan pelakon yang lain. Mungkin kerana jalan cerita yang agak lite dan mudah menyebabkan aku tak begitu menekankan tentang soal lakokan para pelakon.

Keseluruhan movie bagi aku adalah agak simple dan menarik, walau ia tak seseram yang aku harapkan dan ia juga tidaklah tidak seram langsung sehingga mampu mengecewakan aku. Masih ada banyak part-part suspens dan scene-scene seram yang kejam yang jarang didapati dalam movie seram asia. Buleh jugak dikatakan ia bermula dengan begitu suspend, dipertengahan agak easy-going, masih seram dan banyak part terkejut, dan ending yang cantik dengan plot yang tak terduga.

2 comments:

steellusion said...

sam raimi... ada mcm evil dead x ceta nih?huhu.. ke suspen mcm modern horror yg skg ni...

encik adi said...

klasik sikit2. ada aura-aura poltergeist jugak la.