Friday, June 26, 2009

Transformers Revenge Of The Fallen

Starring: Shia LaBeouf, Megan Fox, Josh Duhamel, Tyrese Gibson,Isabel Lucas

Director: Michael Bay

Producer: Lorenzo Di Bonaventura,

Studio: DreamWorks Distribution LLC

Release:Jun 24, 2009 Wide




Oleh kerana terdapat beberapa masalah dan kejadian yang menimpa pada minggu ini aku tak sempat untuk menonton Transformers Rise Of The Fallen pada hari pertama ia mula ditayangkan pada selasa lalu. Tapi tak mengapa, hari kamis pon ok jugak. Pertama kali dalam sejarah menonton wayang aku di sebelah utara semenanjung ini dimana tiket untuk premiere class aku ini terpaksa dibeli 4 hari lebih awal. Dan dengan website gsc.com.my yang overload dengan user setiap hari semenjak selasa petang lalu menyebabkan orang ramai tidak lagi berpeluang membeli tiket online dan ini adalah pertama kali berlaku semenjak website itu dibuka rasanya.


This is no longer a blockbuster. It’s already a phenomenon


Sinopsis;- Presiden US of A telah beranggapan yang kekecohan yang ditimbulkan oleh Decepticon adalah kerana mereka mahu memburu Autobots yang masih lagi berada dibumi, maka oleh itu Autobots disarankan supaya meninggalkan bumi. Manakala Decepticon telah mula berfikir dua langkah kedepan, menggodam satelit milik kerajaan US of A untuk mengorek semua rahsia tentang tempat penyembunyian all-spark dan dimana Megatron di humban. Sam witwicky telah secara tidak sengaja menyerap sumber kuasa dari serpihan all-spark. Dan The Fallen pula mula bangkit untuk membereskan urusan yang belum selesai di bumi dan sekaligus cuba untuk membalas dendam kesumatnya terhadap the last kind of Primes.


Intro yang membawa kita semua terus ke battlefield, ironhide adalah autobots yang paling mula menunjukkan muka tetapi entrance yang paling majestic adalah entrance Optimus Prime yang mana dia dijatuhkan dari pesawat pengangkut NEST terus ke tempat pertempuran. Boom-boom-boom, itu aja yang aku dengar setakat ini. Pada masa ini aku tahu jalan cerita adalah benda yang paling tak penting dalam movie ini. Micheal Bay juga tahu yang kebanyakan dari kita hanya nak tengok Autobots dan Decepticon beraksi. Dan itulah apa yang beliau berikan.


Rupabentuk dan grafik setiap bots adalah amat mengkagumkan, buleh aku katakan ia adalah hampir 3 kali ganda lebih cantik dari Transformers yang pertama. Setiap pergerakan diperincikan satu persatu. Setiap inci detail dan elemen yang menjadi nadi utama pada siri kartun Transformers diguna pakai dengan begitu sempurna. Daripada bentuk lambing, perwatakan setiap bots sehingga ke bunyi tranfomation “et-ot-ot-et” dan “et-ot-cot-ot-et”. Semua fanboys lama dan fanboys baru takkan kecewe setelah mendengar bunyi ini. Lebih banyak bots bermakna lebih banyak aksi. Baik dari Decepticon dan juga Autobots. Tapi sayangnya tak banyak screen time untuk Ironhide, cuma lebih banyak mengetengahkan dua autobots baru; Twins, yang menjengkelkan. Menyebabkan aku berasa sedikit kecewa.


Eygpt yang dibina micheal bay kelihatan amat buleh dipercayai, aku tak sangka yang Hollywood mempunyai modal yang amat besar untuk membuat Egypt sendiri.


Lakonan Shia LeBouf kali ini lebih menjadi, tak kelihatan rookie seperti dalam transformers yang pertama. Manakala megan fox masih lagi sama, hot babe who cant really act. Josh Duhamel seperti biasa, supercool guy. Memang senang berlakun watak macam ni dengan muka macam tuh. Dan best male performance aku bagi kepada Tyresse, damn aku suka tengok negro tuh. Tak perlu bagi banyak dialog untuk dia, dan masih buleh jadi antara yang paling menyerlah. Rasanya kalau tak bagi apa-apa dialog pon dia tetap akan menyerlah. Watak yang lain seperti Isabel lucas, er..tak berapa menjadi. Better luck next time, maybe.


Aku pernah katakan diatas yang jalan cerita adalah tak begitu penting dalam transformers kali ini, tetapi apa yang ditunjukkan kali ini sememangnya telah mengganggu aku. Mengapa? Ok, pertama adalah kerana terlalu banyak isu yang berlaku didalam movie ini. Baca balik sinopsis aku diatas. Tengok, sampai empat jalan cerita yang perlu aku digest dan analyst dan masih lagi belum dapat kenal pasti yang mana satu adalah main isu. Walau aku tahu isu sebenar adalah Autobots vs Decepticons. Tetapi penceritaan yang sebegini menyebabkan jalan cerita menjadi celaru tak menarik, sememangnya akan menjadi punca kegagalan jika pada movie lain. Micheal Bay cuma bertuah kerana mempunyai Autobots dan Decepticons pada pihaknya. Kedua adalah kerana terdapat sesetengah isu yang tergantung begitu sahaja, seperti apakah fungsi sam yang buleh melihat dan menghafal symbol-simbol bahasa primes yang pada akhirnya isu itu Cuma diselesaikan dengan teka-teki dari jetfire? Isu yang di built-up dengan cara yang lain dan di end-up dengan cara lain. Does not make any sense.


Tapi sekali lagi aku masih nak bercakap tentang battle of the bots. Tiada cacat cela dari mula sehingga habis. Personal favourite aku adalah scene battle dalam hutan. Optimus Prime vs 3 Decepticon. Mana ada lagi epik dari itu. Final battle dengan The Fallen juga menarik tetapi sedikit mengecewakan kerana The Fallen kelihatan begitu mudah dikalahkan. “I rise, You fall” Macam tu ja? Kemunculan Devastator betul-betul amat majestic. Really meets the expectation. Micheal bay ada berkata “if you got the whole gold in this world, you can only built just half of the devastator”. Tapi sayang, dia kalah dengan Agent Simmons. Tak aci, agent Simmons pakai chat code tropedo. Satu lagi battle yang aku suka adalah Bumblebee vs Decepticons Pencari (aku lupa nama dia). Aku rasa sepanjang dua tahun di bumi mungkin bumblebee sudah pergi ke Thailand dan berguru dengan Tony Jaa, kerana semua buah tomoi Bumblebee adalah kelihatan amat sempurna.


Overall pada aku movie ini buleh aku katakan adalah Action Movie of the Year. Almost perfect, betul-betul apa yang fans mahukan, mungkin lebih dari apa yang dijangkakan. Dan jikalau jalan cerita diperfectkan sedikit lagi mungkin aku akan pertimbangkan title Movie Of The Year. Dengan bujet 400juta USD, rasanya dalam masa 1 minggu ini Micheal Bay dah buleh dapat balik modalnya itu. Dan menurut Bay lagi, kita semua tentu sekali akan dapat menonton Transformers 3. Tetapi bukan diarahkan oleh beliau lagi. Oh tak mengapa. Aku berharap Jerry Buckhermier berminat untuk mengarah.


Dan ya satu lagi komen yang terakhir. Dari intro sehingga ke battle yang terakhir aku menunggu dan berharap agar Optimus Prime untuk melafazkan “the magic words”. Tetapi nampaknya sampai kesudah “the magic words” yang aku harapkan tidak muncul. Mungkin frasa “Autobots! Transform and roll out” sudah tidak relevan lagi bagi Optimus.




10 comments:

Liyana Safra Zaabar said...

yeah,i like, kami tonton this film first in the world...heheeh

Anonymous said...

review yg menarek!

Hg dah tgk The Hangover?

kabaran ada wyg nak bukak kat kulim?..btui ka?...

-borhan

Anonymous said...

kena tgk ouh ouh
mau tgk battle die hang p ckp cm gempak

ayu said...

betul betul. aku pun kecewa ms optimus prime lawan the fallen. cpt betul the fallen tumpas, padahal lagak mcm hebat je. cisss.

encik adi said...

liyana- tima kasih! sebab aku memang dah jeles pasai tu.

borhan- hangover belum bukak kat malaysia. dan aku tak berharap ada wayang bukak kat kulim. baru buka satu giant, jalan sesak dari keladi sampai ke rumah aku. cilaka betui!

ano- mana ada orang takmau p tgk transformers.

ayu- semua decepticons memang suka cakap besaq aku rasa.

steellusion said...

hahaha... aku layan movie ni as not a die hard fan of TF ... so kna jadi bayformers fan baru syok layan muvie ni ... :P

encik adi said...

- aku suka bay oleh kerana seleksi gadis-gadis dia. tak pernah mengecewakan dari dulu sampai bila2!

Jane Nab said...

girls love the 1st 1 hour while the boys love the half-end.

hum, im excited sebab intro kat port Shanghai tu ada billboard "Malaysia Airline".

Jane Nab said...

PALING SERAM:
1. scene bawah laut time decepts nak hidupkan MEGATRON!

PALING DAMN:
1. scene dorang baru tau yang Jetfire tu sebenarnya Decepticon!

PALING LAWAK:
1. "tongue! tongue! tongue!! AAAAAA!! AAAAA!! AAAAAAAA!!" dude, it is rare for a guy to scream! but you are doing cute, Sam..

PALING SEKSI:
1. Mikaela tengah air-brush motor sambil cakap kat telefon dengan Sam berlatarbelakangkan lagu Gun-Greenday.

encik adi said...

fuyoo.. siap buat kategori PALING-PALING pulak....

berapa kali ulang tengok nih?