Sunday, May 10, 2009

Star Trek 2009

Pelakon: Chris Pine, Zachary Quinto, Karl Urban, Simon Pegg, Eric Bana, John Cho,Winona Ryder

Pengarah: J.J. Abrams

Penerbit: Michael Giacchino

Studio: Paramount Pictures

Tarikh Tayangan: 7 may 09


Sebenarnya aku tak layak untuk review movie star trek ini. Kerana aku masih belum cukup matang untuk bercakap tentang segala fiksyen yang diterapkan di dalam USS Enterprise. Baik yang dari tahun 70an, dan juga yang terbaru ini.

Cuma apa yang mampu aku katakan, ini mungkin adalah movie yang terbaik setakat ini untuk tahun ini, pemilihan pelakon yang perfect, tiada cacat cela. Setiap aspek penceritaan dan kesan khas diperincikan satu persatu. Dan walau screen time untuk winona ryder adalah terlalu sedikit sedangkan memang sudah sekian lama aku tidak menyaksikan beliau dilayar semenjak Edward Scissorhands(aku belum pernah menonton zoolander). Tetapi itu semua buleh dimaafkan. Dan Zachary quinto, yang pada awalnya aku rasakan akan terbawa-bawa aura sylar kedalam movie ini, rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Zachary berjaya membawa watak Spock dengan begitu sempurna, seolah-olah dia memang dilahirkan sebagai Spock dari mula. Zach, welcome to the Hollywood A-List!

Selain dari (commander) Spock, watak penting yang lain seperti James T. Kirk, Sulu, Scotty, Uhura, dan mamat Russian yang aku terlupa untuk hafal namanye kerana terlampau panjang dan pelik itu, semuanya berjaya memainkan watak masing-masing dengan begitu signifikan sekali. Sehingga menyebabkan aku sendiri terasa seperti adalah salah seorang crew didalam USS Enterprise.

Tak guna aku menulis panjang disini. Seperti yang aku katakan tadi, aku tak layak untuk membuat review ini.

Simply, this is the most beautiful action/adventure/fiction's movie of the year so far. Hands down.

7 comments:

Darrr said...

hg mat muvi tepu weh~
ombak skalii~
yuhuuuu~
startrex tu keluaq time beday aku tuuu~
rare balikkk!
nice writing dude.
keep up man!

encik adi said...

owh first time dapat ombak, sejak dari sekulah rendah aku tak penah dapat ombak.

huh biaq betui, star trek keluaq tahun 70an. umoq hang berapa ratuih dah lanieh? memang rare sangat la kot...

Lai Yeong King said...

Lol so you also give a quick review here XD not bad not bad :)

Well promote promote abit :P people who want a more scientific review can come see see my review XD

http://lionlai.blogspot.com/2009/05/review-star-trek.html

Thanks! *followed your blog~*

encik adi said...

lion, thanks & congrat for being the first 'english writing bloggers' that follows my blog.

dan kepada semua rakan dan pembaca, jika mahu tahu secara lebih saintifik tentang black hole, red matters sila baca review star trek lion.

lionlai? wah nama cam artis hongkong siot..

azmir abdullah said...

walaweh ni cerita orang muka pelik haha

profwacko said...

wanna watch this movie again.
mmg best, jalan cerita, graphic, dialog, humor, action, ... wow. gud2.

encik adi said...

aku dah pon tgk dua kali. ada mision baru. nk kena cari r2d2 yg dimunculkan secara misteri. tp aku tak jumpa lagi. lepas ni mgkn nk kena p tgk lagi. atau beli dvd tgk bnyak kali dirumah