Sunday, March 29, 2009

Knowing


Pengarah: Alex Proyas

Studio: Summit Entertainment

Tarikh Tayangan: 20 March 09 (US), 26 March 09 (MY)


Nicolas cage datang lagi, kali ini aku harap ianya hebat, seperti Next, tidak seperti Bangkok Dangerous. Dengan bantuan Alex Proyas, pengarah yang bertanggung jawab mengajar aku yang hero jahat adalah lebih hero dari hero biasa dalam franchise The Crow. Dan kata mereka lagi, beliau juga yang mengarah I-robot lakonan Will Smith. Berdasarkan kedua-dua filem ini, aku optimis yang Knowing tidak akan menghampakan. Dan trailer yang ditayangkan di youtube pon kelihatan agak hebat.


Bermula apabila sebuah sekolah rendah yang membuat ceremony pembukaan sekolah pada tahun 1959, dengan cara setiap pelajar haruslah membuat satu lukisan untuk diletakkan dalam time capsule dan yang hanya akan dibuka semula 50 tahun yang akan datang. Dan seorang pelajar bernama Lucinda Embry, penyumbang idea untuk acara ceremony tersebut sebaliknya menulis satu siri nombor rawak yang sukar difahami. Dan 50 tahun kemudian, apabila time capsule itu dibuka semula, kertas yang ditulis oleh Lucinda Embry diserahkan ke tangan Caleb Koestler, anak kepada seorang professor di MIT yang bernama John Koestler (Nicholas Cage) yang kemudian secara tidak sengaja cuba-cuba untuk mengkaji tentang siri nombor tersebut.

Ketika ini aku dipaksa berfikir, apakah sebenarnya maksud turutan nombor pada kertas Lucinda itu? Adakah ianya nombor digital? Binary? Tak mungkin. Decimal atau hexa decimal? Atau ia hanya sekadar turutan nombor telepon rakan-rakan terdekat Lucinda? Belum pasti juga.

Setelah dikaji oleh John, rupanya nombor-nombor berikut adalah tarikh dan jumlah fatality kepada beberapa siri kejadian bencana alam dan kemalangan yang terjadi dalam 50 tahun ini. Satu persatu mengikut turutan tahun. Dan menurut siri nombor dari kertas Lucinda itu, masih ada 3 lagi kejadian yang masih belum berlaku. John beranggapan yang dia dipilih untuk menyelamatkan keadaan. Ketika ini aku sekali lagi dipaksa berfikir, plot menjadi semakin cemas dan komplikated, mata menjadi semakin peka, telinga dibuka semakin luas, setiap nombor yang dipapar dan disebut secara terang dan terselindung dikaji. Plot yang sebegini hampir menyebabkan hampir kesemua penonton hilang fokus kepada jalan cerita, sebaliknya terlalu memberi tumpuan kepada segala nombor. Coke dan keropok lekor yang dibawa masuk langsung tak disentuh. Sehinggalah kejadian bencana pertama yang berlaku, aksi suspen yang rasanya lebih suspen daripada mana-mana plot Final Destination. Kejadian yang tak terjangka memang sudah dijangka, tetapi apa yang membuatkannya lebih menarik adalah cara kejadian bencana itu digambarkan. Dan walau ada sedikit masalah pada CGI, itu semua dapat dimaafkan. Kejadian bencana yang kedua juga digambarkan dengan cara yang sama. Namun begitu, ia masih lagi dapat membuat aku ternganga di sepanjang perjalanan movie.

Ketika mana movie bergerak ke klimaks, didapati nombor turutan Lucinda Embry terus diabaikan, ini mungkin kerana misteri bencana ketiga sudah pon terurai.

Tetapi pada bahagian penghujung movie, aku ada sedikit terasa seperti sedang menonton filem dari M Night Syamalan "The Sign". Ini adalah disebabkan terdapat unsur-unsur makhluk asing diserapkan kedalam movie. Sehingga ke hari ini unsur makhluk asing sebegini yang juga didapati didalam karya Stephen King "The dreamcatcher" dan juga Stephen Spielberg "War Of The World". Kedua-dua movie ini gagal dari aspek jalan cerita walau menggunakan nama besar dan juga efek yang canggih. Tapi untuk keseluruhan movie Knowing ini unsur ini adalah amat minimal dan rasanya tidaklah keterlaluan. Atau mungkin aku berkata begitu kerana sudah berpuas hati dengan plot suspen pada pertengahan movie.

Secara total tak keterlaluan jika aku katakan movie ini adalah movie yang paling hebat yang aku tonton dari semenjak awal 2009. Cuma aku tak berapa faham tentang metafora seorang budak lelaki, seorang budak perempuan dan sebatang pokok besar dipadang luas. Apakah itu? Adam and Eve versi 2.0? Namun begitu yang paling menarik adalah bagaimana mereka menggambarkkan kejadian kiamat di bumi. Sebelum ini aku tak pernah lihat ada mana-mana movie pernah memaparkan kejadian kiamat.

Dan pada aku, kiamat dalam Knowing adalah kiamat yang amat cantik. Graphically.

8 comments:

'AQILAH said...

best je jalan citer die...
nak tangok la.

encik adi said...

memang patut tengok. lagi best drp fast and furios 4.

Jane Nab said...

whoah.. nak tengok laa.. jom adi! tengok lagi. kali ni adi tolong makan kopok lekor ngan coke cik nab tau.

encik adi said...

dah tgk dua kali la, kali kedua bawak capati masuk, lupa makan jugak.

steellusion said...

ceta kiamat rupanya... aku ingt apa la ceta nih, semangat ja pi tengok wayang... tapi disaster tak banyak sngt... tapi paling hebat omputih ni merapu, time malaikat mai amik manusia2 hat terpilih ni naik spaceship tue... hahha...

encik adi said...

malaikat ka? aku rasa tu alien la..

steellusion said...

simbolik kot, malaikat dari segi pikiran omputeh, sbb last skali tu, 2 org budak tu mcm kat surga, ada sbuah pokok bsaq....tapi aku tak take heavy la smua tue, aku just enjoy tunton as light entertainment ja.. satgi terpesong susahh :P

encik adi said...

tapi aku rasa alien. sebab dari awal depa becakap pasai alien. dan semua spaceships tu walau depa x habaq tapi aku rasa dia berfungsi sebagai ark, mengambil setiap spesis untuk diregenerasikan. angel ada pakai spaceship ka? tapi mungkin simbolik jugak. metafora.