Thursday, April 9, 2009

Fight Club : DVD Review


Pengarah: David Fincher

Studio: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 15th Oct, 1999

Harga DVD: RM6 (blu-ray copy kata tokey tuh)


Sepatutnya minggu ni aku hendak buat review tentang Fast And Furious 4, tetapi ada sesuatu tentang installment yang keempat itu telah menyebabkan aku hilang semangat untuk review. Samada terlalu banyak untuk diperkatakan, atau langsung tiada apa yang patut diperkatakan lagi tentangnya. Entah.

Maka oleh itu kerana mahu juga membuat review, aku ke kedai DVD pilihan untuk memilih sebarang movie untuk ditonton. Dengan pantas aku memilih 7 Pound, lakonan Will Smith. Tapi semasa sedang bergerak ke kauter pembayaran, aku perasan ada satu tajuk DVD yang dah lama aku dengar tajuknya tapi masih belum sempat tonton iaitu Fight Club. Memang adalah DVD yang tak buleh dibiarkan tergantung begitu saja tanpa dibawa pulang. Semenjak sekian lama, aku cuma mendengar mitos kewujudan movie ini dari rakan-rakan, tapi tak pernah jumpa di mana-mana kedai pon. Dan FYI, aku bukan kaki download movie. Porn dikecualikan. Dan malam itu aku berpuas hati dengan 2 tajuk di dalam tangan. Tapi aku cuma akan buat review untuk Fight Club.

Apa itu Fight Club?
 
Ia adalah sebuah movie adaptasi dari novel tahun 1996 karya Chuck Palahniuk yang juga bertajuk Fight Club. Berkisahkan tentang diri sang narrator yang cuma menggelarkan dirinya 'I am jack of'. Narrator adalah seorang lelaki 30an yang buleh dikatakan sudah mengecapi apa yang sepatutnya seorang lelaki 30an kecapi. Kerja yang hebat, gaji besar, rumah condo yang cantik dan obses dengan perabut. Cuma disetiap malamnya, narrator menghadapi masalah tidur atau mungkin tidak ketenangan fikiran. Maka beliau mula meluangkan masanya dengan menyertai beberapa terapi atau support groups untuk penghidap penyakit-penyakit yang tidak lagi dapat diubati hanya untuk mendengar keluhan perasaan dan meratapi sisa kehidupan mereka. Narrator dapat ketenangan melalui aktiviti begitu dan beliau menjadi ketagih dengannya. Disitu beliau berjumpa Marla Singer, yang juga kelihatan mempunyai hobi yang sama. Dan dalam satu trip kerja, beliau berjumpa dengan Tyler Durden di dalam kapal terbang. Sampai ke sini jalan cerita masih lagi mengelirukan, dan aku masih lagi tertanya-tanya, bagaimana pertemuaan ringkas ketiga-tiga watak itu buleh digabungkan dan mampu menjadi gabungan watak terhebat seperti dakwaan rakan aku satu ketika dahulu.

Kisah yang sebenar mula apabila condo yang dipenuhi perabut fancy narrator itu meletup diketika mana beliau baru saja pulang dari trip kerja. Dan oleh kerana tidak tahu siapa lagi yang patut dihubungi, beliau menghubungi Tyler Durden, si penjual sabun di dalam kapal terbang. Dan dengan baik hati, tyler Durden menawarkan beliau tempat untuk tinggal. Walau mereka berbeza secara total dari segi perwatakan. mereka dengan pantas menjadi akrab.
Huh.... aku sedang berfikir lama bagaimana hendak bercerita tentang fight club tanpa sebut tentang fight club. Mungkin tak buleh.

Ok, aku cerita jugak sikit, fight club adalah club bertumbuk bawah tanah yang ditubuhkan secara tak sengaja oleh narrator dan juga Tyler Durden ketika bertumbuk sesama sendiri di belakang bar. "The first rule of the club is, you dont talk about it". Namun setiap hari semakin ramai orang yang ingin menyertai fight club ini. Dan mereka berdua kini menjadi orang yang paling berkuasa dan juga lagenda didalam fight club ini. Club semakin berkembang sehingga mereka mempunyai ahli dari semua jenis pekerjaan. Dan akhirnya ia berkembang sehingga menjadi sebuah projek yang diilhamkan oleh Tyler Durnden yang dikenali sebagai Project Mahyem. Tetapi hampir dipenghujungnya ketika Tyler Durden sudah sedar diri, beliau ingin menghentikan project mayhem. Dan Tyler Durden juga cuba untuk menghalang usaha menghentikan project mayhem itu.

Secara kebetulan, kedua-dua movie yang aku tonton malam tu (7 Pound dan Fight Club) mempunyai corak penceritaan yang menggunakan narrator, ternyata cara narrating didalam fight club adalah lebih banyak membantu aku memahami jalan cerita dengan lebih jelas. Dalam 7 Pound ianya cuma menjadikan semuanya lebih celaru dan tidak banyak membantu, tidak perlu aku jelaskan disini mengapa, tetapi ada sebab mengapa narrator dalam 7 pound dibuat begitu.

Nampaknya tak banyak yang aku buleh review tentang fight club ini. Kelihatan seperti aku sedang menceritakan semula setiap plot yang berlangsung. Aku mahu stop disini, mencari Tyler Durden aku sendiri.

Tapi hey, aku tak begitu cam watak mana yang dipegang oleh Jared Letto.

No comments: