Monday, April 27, 2009

The Uninvited

Starring: Emily Browning, Elizabeth Banks, Arielle Kebbel, David Strathairn

Director: Guard Brothers

Studio: DreamWorks Distribution LLC

Tarikh Tayangan: 30 Jan (US), 23 Apr (MY)




Ini adalah sebuah lagi filem bergenre seram dari korea yang telah diremake oleh Hollywood. Menurut rakan, ia adalah remake dari movie yang bertajuk ‘A Tale Of Two Sisters’ dan aku memang tak into sangat movie² horror dari korea atau jepun nieh. Akan tetapi apabila aku tertengok trailer movie ini di youtube, dan benda yang paling pertama menarik minat aku untuk menontoninya adalah Emily Browning. Maka di hujung minggu yang seperti biasa, aku dapati aku dah pon beli tiket untuk movie The Uninvited ini. Dan aku rasa aku nak buat review, tentang The Uninvited, bukan tentang A Tale Of Two Sisters.

Walau aku tak tonton banyak movie hantu korea/jepun, di awal movie ini aku dah sememangnya buleh agak bagaimana jalan cerita ini akan berlangsung. Seperti biasa, ada satu watak kena bunuh, dan hantunya akan kembali ke rumah lama untuk menasihatkan atau menyarankan ahli keluarga terdekat menyiasat dan membongkarkan bukti-bukti kes pembunuhan sehingga tertangkapnya pembunuh sebenar.

Dari mula kelihatan perjalanan plot yang muram, mungkin dibuat muram untuk menggambarkan kehorroran jalan cerita. Jika ini cerita hantu mengapa aku tidak merasa takut atau terkejut sepertimana efek-efek gejut-gempaq yang sering dibuat dalam movie-movie hantu yang lain. Aku mula berasa bosan. Ketika itu pandangan aku hanya tertumpu pada bibir Anna (Emily Browning). Mungkin ramai yang tidak perasan, sepertimana juga aku sendiri, ini mungkin kelihatan seperti movie pertama bagi Emily browning. Salah. Sebenarnya sebelum ini Emily pernah memegang watak sebagai Violet Baudelaire, bergandingan bersama Jim Carrey didalam Lemony Sniket’s A Series Of Unfortunate Event. Ya dia kelihatan amat muda lima tahun dahulu.

Selain dari bibir yang menarik, sudah tiada apa lagi yang mampu movie ini tawarkan untuk aku. Buleh dikatakan segala-galanya tak cukup. Tak cukup gadis, tak cukup sexy, tak cukup ghairah, tak cukup big boobs, tak cukup cleavages, tak cukup itu dan ini. Guard Brothers, sila contohi Micheal Bay ya! Lihat sahaja kedua-dua movie Texas Chainsaw-nya itu, cukup segala sifat. Dan kamu tahu yang aku tak bercakap dari aspek horror.

Masuk dipertengahan movie, setelah aku sedar yang tidak telalu banyak hantu yang berkeliaran dalam movie hantu ini, aku mula sedar yang movie ini mula ingin aku bermain mari cuba seleasaikan misteri-misteri ini. Semakin menarik, kerana walau jalan cerita agak mudah, namun ada sesetengah part misteri yang kelihatan tiada kena mengena dengan suspek, walau cuba dikaitkan sendiri oleh watak utama iaitu anna.

Dan dipenghujung semua menjadi semakin menarik, jalan cerita yang pada mulanya aku anggap mudah dan direct to the point rupanya ada diselitkan sedikit twisted plot. Sebenarnya bukan sedikit, plot ini yang akan menggambarkan keseluruhan jalan cerita, dan ia dilaksanakan dengan begitu cantik. Syabas Guard Brothers. Atau patut aku ucap syabas kepada Kim Jae Woon aja?

Pada keseluruhannya, movie ini sepatutnya menggugurkan part horror, dan lebih molek jika berterus terang tentang aspek suspense yang dihidangkan. Dan walau terlampau banyak detail yang tak dihuraikan kembali pada penghujung movie, itu semua buleh difahami dan dianalisa sendiri oleh setiap penonton. Dan walau tak cukup berhantu, ia adalah movie yang buleh dikatakan not bad untuk tontonan DVD, kerana terlalu banyak part yang dipotong dalam panggung.

No comments: