Monday, April 20, 2009

Kinta 1881: DVD Review

Director : CL Hor

Executive Producer : Adrian Wong & Wong Chee Meng

Screenplay : Chow Lam Leong & CL Hor

Stunts Director : Chin Kar Lok

Tarikh Tayangan : November 2008

Harga DVD : aku pinjam dari kawan.


Kisah tentang kehidupan sekumpulan pelombong bijih timah yang datang melombong di Tanah Melayu pada tahun 1881. Empat lelaki cina bersaudara iaitu Dragon, Blaze, Ace dan Tiger yang dikepalai oleh Tin Sok terpaksa melalui jerih perih kepayahan hidup sebagai kuli yang ditindas oleh majikan yang yang mengejar keuntungan. Tertekan dengan keadaan, mereka cuba meminta layanan yang lebih baik dari majikan. Namun apakan daya, janji manis majikan kepada mereka hanya omong kosong dan mereka juga dikhianati oleh majikan. Tempat tinggal mereka dibakar, dan rakan-rakan mereka dibunuh. Kini kumpulan pelombong yang dikepalai oleh Tin Sok dan empat bersaudara itu mahu menuntut bela.

Satu lagi cerita yang menggunakan khidmat narrator, namun didalam cerita ini suara narratornya menyebabkan aku terasa seperti sedang menonton Misteri Nusantara dalam bahasa cina, dan aku 100% yakin suara narrator itu adalah suara Zainal Ariffin Ismail. Namun terdapat masalah yang amat ketara pada bahagian vocal setiap character yang lain kerana didapati terlalu stereotype dan adakalanya tidak sekata, suara keluar dulu mulut gerak 4 saat kemudian. Amat annoying. Dan di pertengahan movie, kelihatan semua watak mahu jadi narrator, aku dah mula tak faham dan tak mahu faham cerita nieh.

Suasana tahun 1881 digambarkan dengan agak menarik, gua-gua yang cantik dijadikan sebagai lokasi dan kawasan kampong yang begitu Tanah Melayu juga dapat digambarkan dengan cantik. Nasib baik dia tak buat hang tuah sebagai cameo.

Susunan plot adalah antara yang paling huduh penah aku tengok. Dari part intro sehingga part kemuncak, eh ada part kemuncak ka? Semuanya kelihatan tak mengikut turutan. Sekejap flash back, kemudian kedepan balik, selepas tu flash back balik, lepas tu flash back dalam flash back. Ini menyebabkan jalan cerita yang amat mudah ini kelihatan terus seperti tiada jalan cerita. Juga terdapat terlalu banyak scene yang tak penting, kisah cinta yang tak pasal-pasal, cemburu yang entah dari mana datangnya, pembunuhan yang entah mengapa, mambalas budi yang tiada kena mengena. Semuanya kelihatan amat beceramuk dan tidak penting sama sekali. Hampir 87% watak yang ada dalam movie ini adalah watak yang tak perlu diwujudkan.

Menggunakan wushu master yang sebenar sebagai pelakon utama dalam cerita adalah tindakan yang tepat, hampir kesemua scene lawan kelihatan cantik dan menarik walau choreography-nya agak minimalis dan kelihatan hampir sama pada semua scene lawannya. Namun begitu, scene lawan yang tercetus secara tiba-tiba tanpa sebab akan mencacatkan movie secara total. Musuh yang datang entah dari mana dan untuk tujuan yang tidak diketahui. Dari tengah berjalan dalam gua sorang-sorang, tiba-tiba ja buleh pi dok bertumbuk di tengah pekan. Apa pasai?

Secara keseluruhan bagi aku movie ini adalah movie syiok sendiri, seperti sebuah movie yang aku tonton dulu juga menggunakan pengarah cina Malaysia yang bertajuk The Possessed, lakonan Amber Chia kalau tak silap, sebuah movie seram ala jepun yang mana jalan ceritanya satu pon tak bersangkut paut dengan motif seram sebenarnya. Pelakon utama juga kelihatan seperti pelakon tambahan yang langsung tak penting. Dan dalam movie Kinta ini, aku masih belum tahu yang mana satu hero dan mana satu villain.

2 comments:

See said...

101% setuju... memang tepat sekali komen2 di atas. RUGI wang beli DVD. Lebih baik sedekah... at least tak payah bazir 1.5jam duduk tengok sesuatu yang langsung tak masuk akal. Selain dari muka-muka hansem and cantik.

encik adi said...

huh!? ada yang cantik ka?