Saturday, April 18, 2009

Paul Blart: Mall Cop

Starring: Kevin James, Jayma Mays

Director: Steve Carr

Screenwriter: Kevin James

Producer: Adam Sandler

Studio: Columbia Pictures

Tarikh Tayangan: 16 Jan (US) 16 Apr (MY)


Dari dulu lagi, aku tak pernah kecewa dengan mana-mana movie Adam Sandler. Dan kali ini walau beliau cuma berada dibelakang kamera dan tidak melakonkannya, aku optimis yang aura-nya akan menyinar pada seluruh movie ini.

Sedikit sinopsis. Paul Blart: Mall cop adalah kisah tentang seorang lelaki obes yang bernama Paul Blart bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli belah. Tidak bahagia dengan kehidupannya sekarang, hidup penuh dengan masalah. Ditinggalkan isteri yang berkahwin dengannya hanya untuk mendapatkan ‘green card’, tiada teman wanita, punyai anak yang terlalu banyak bercakap, menghidapi penyakit pelik yang dikenali sebagai hypoglecimia dan masih tidak dapat lulus ujian asas untuk menjadi pegawai polis. Paul Blart mempunyai masalah hidup yang cukup berat untuk lelaki yang sememangnya sudah amat berat.

Namun begitu, berlaku kejadian rompakan di mall dimana paul bekerja. Dan malangnya, paul secara tidak sengaja berada di tempat kejadian. Dan ini akan mengubah hidup paul sama sekali.

Apa yang menarik dilihat disini lakonan lucu Kevin James sememangnya berkesan, semenjak dari ‘I now pronounce you chuck and larry’ lagi. Walau watak Paul itu dicipta untuk kelihatan tidak begitu lucu, namun dengan lakonan Kevin dibantu dengan muka cacat dan juga perot buncit itu watak paul telah berjaya dibadutkan. Pemilihan Jayma Mays sebagai Amy ataupun heroin untuk movie ini yang sememangnya tidak sepadan langsung dengan Paul berjaya menimbulkan rasa kurang senang pada sesetengah penonton dan inilah sebenarnya sumber jenaka movie ini. Pasangan yang langsung tidak sepadan, tidakkah itu lucu? Tapi akan lebih perfect jika Jayma mays digantikan dengan Anna Faris. Dia lebih cute. Aku tak berapa pasti, tapi di satu sudut pada awal movie aku ternampak seperti ada Tila Tequila. Cameo tanpa nama di kredit?

Jalan cerita yang bermula agak lembab, terlalu banyak part lucu yang sudah biasa dilihat. Cuma ditokok tambah dengan penggunaan stunt man untuk menghasilkan gelak tawa yang lebih kuat namun kurang berjaya. Di pertengahan movie pada mana berlangsungnya scene rompakan oleh sekumpulan pengaksi parkour, jalan cerita bertukar wajah. Terasa seperti pernah aku tonton movie ini dahulu, ada penculik, ada mangsa, dan mangsa pandai guna barang-barang disekeliling untuk menumpaskan penculik. Richie Rich versi adult dan obes? Home Alone atau Mall Alone?

Letupan, tumbuk terajang, gusti dengan perempuan dan langgar belakang kereta. Ini antara scene-scene yang telah menyebabkan movie komedi yang simple ini telah diletakkan rating PG13. Jarang aku tengok komedi simple yang tiada sex-scene seperti ini masuk ke rating PG13, selain dari Year One lakonan Jack Black. Tapi itu isu lain.

Secara keseluruhan, aku rasa komedi yang dipaparkan tidak cukup komedi dan jalan cerita yang amat simple buleh digambarkan seperti makan cendol yang kurang lemak atau kurang kacang merah dan habes pada sudu yang ketiga anda mahu minta lagi tetapi sudah kehabisan stok santan dan kacang.

Watak favorite aku dalam movie ini adalah Pahud.

No comments: