Friday, May 22, 2009

Night at the Museum: Battle of the Smithsonian

Starring: Ben Stiller, Amy Adams, Owen Wilson, Robin Williams,

Director: Shawn Levy

Studio: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan : 22 May 09 (worldwide)




Ada sesiapa yang pernah berasa jemu dengan Ben Stiller? Tak perlu jawab soalan tuh. It’s a rhetorical question. Selepas aku sendiri nobatkan Night At The Museum sebagai comedy of the year pada 2006, aku amat berharap Battle Of The Smithsonian akan dapat buat lebih hebat dari itu. Shawn levy pasti tahu apa yang aku mahukan.

Sinopsis; 3 tahun lepas, Larry bekerja sebagai night guard di museum di new york. Kini beliau tidak lagi disitu, beliau sudah menjadi CEO kepada sebuah syarikat besar. Kehidupannya lebih mewah. Suatu hari larry kembali ke museum di new york untuk bertemu semua ‘rakan-rakan’ lamanya dan dikejutkan dengan berita yang hampir kesemua rakan-rakan exhibit-nya itu akan dipindahkan ke arkib Smithsonian dan digantikan dengan system museum interaktif holografik ala star wars yang buleh bercakap dengan pengunjung secara digital. Malangnya setelah berpindah ke arkib Smithsonian, mereka (rakan-rakan exhibit) telah bersua dengan Raja Karmhunrah yang juga abang kepada Arkmemnah pemilik sebenar puzzle(aku terlupa nama puzzle itu). Raja Karmhunrah telah mengurung mereka semua dan mahukan puzzle itu untuk membangkitkan tentera dari underworld dan seterusnya merajai dunia. Huh, perancangan yang terlalu hebat untuk patung lilin yang hanya mampu hidup selama 12 jam sehari.

Idea penceritaan yang mudah dan menarik, setiap part humor yang ada pada movie yang lama, kali ini dikekalkan dan ditambah dengan jenis humor yang sedikit baru, yang tak melampau tapi masih lagi ditahap lucu-jangan-gelak-dengan-gigi-palsu. Slapstik yang melampau-lampau, kita semua tahu itu gaya ben stiller.Pertambahan watak atau exhibit dalam museum menjadikan ia lebih cantik dan lebih serabut dan juga menjadikan adventure kelihatan lebih epik. Jika dalam movie yang lama, efek serabut/kalut dijanakan dengan menggunakan banyak binatang-bintang purba, kali ini ia tetap berjaya, dan sebenarnya kelihatan lebih cantik dengan part kelam kabut di dalam bahagian air and space exhibition dimana ia penuh dengan aero plane dan space ship dan watch tower crews dan juga Neil Alden Armstrong.

Semakin menarik apabila dilihat pada pakatan jahat raja karmhunrah, yang dianggotai oleh Al-Capone, Ivan the Terrible, dan juga Napolean Bonaparte. Tak perlu kita ketahui siapakah yang melakonkan watak tersebut, kerana watak-watak itu semua akan masih kelihatan sama tak kira siapa saja yang melakonkannya. Dan kemunculan Emilia Eahart yang entah dari mana walaupun pada mulanya kelihatan sedikit menyemakkan, namun sedikit sebanyak ia telah berjaya menimbulkan aura romantik dalam movie. Slapstik romatik rasanya. Er.. jonas bros sebagai cupids? Sejak bila mereka layak jadi cupid? Tapi tak kesah lah pasal tuh. Kehadiran cupid yang comel dan sememangnya tak berapa penting juga berjaya memeriahkan museum. Dan aku kasehan kepada kakak bertudung disebelah aku didalam panggung tadi. Dah 30 minit jonas cupids tu hilang dari skrin barulah dia perasan yang itu jonas bros. yalah.. dah tau tu tak payah la menjerit akak tudung ya!!

Cuma yang sedikit mengecewakan aku adalah, dengan bertambahnya watak baru, watak lama yang penting kelihatan seperti telah hilang peranan. Ok, aku paham yang Teddy Roosevelt memang tak dipindahkan ke Smithsonian. Tapi apa jadi kepada Atilla the Hutt dan Sakagawea? Malah dexter sendiri dah kurang diserlahkan kali ini. Cuma jedediah dan octavious aja yang mendapat extra skrin time. Dan nasib baik perperangan epik dibawah senyap diatas masih lagi dikekalkan. Kalau tak mungkin aku akan merajuk.

Dan satu lagi yang masih menjadi keraguan kepada aku adalah, mengapa karmhunrah masih lagi mahu mengganas dan masih mahu merajai dunia walaupun tentera gagak dari underworld-nya telah pon dikalahkan oleh gigantic abb. Lincon? Tidakkah perperangan sepatutnya tamat hanya disitu? Mungkin disebabkan rerakan dari museum lama masih lagi belum mendapat skrin time masing-masing, dan pengarah merasakan inilah masa yang sesuai untuk semua mereka tunjuk muka.

Keseluruhannya pada aku, Shawn Levy sekali lagi berjaya menyampaikan komedi yang cantik, sangat enjoyable, jenis slapstick yang aku suka. Dan pada pendapat aku movie ini akan tetap berjaya walau tanpa ben stiller, cuma dengan ben stiller adalah seperti menggeletek makcik tua yang sememangnya sedang gelak. Untuk menjadi komedi of the year, rasanya terlalu awal kerana masih banyak lagi movie komedi yang akan muncul selepas ini seperti funny people(adam sandler) dan juga year one(jack black). Hujung tahun baru buleh judge kot.

2 comments:

Ayusterrr said...

wohhh tak sabarnya nk tgk cerita ni ! nnt jgn lupa buat review utk terminator salvation lakkkk.

encik adi said...

terminator? tengok la kalau rajin.