Saturday, May 16, 2009

Push

Starring: Chris Evans, Dakota Fanning, Camilla Belle, Djimon Hounsou,

Director: Paul McGuigan

Studio: Summit Entertainment

Tarikh Tayangan: 6 Feb (US), 14 May (MY)






Malam ini movie pilihan aku untuk direview adalah Push. Mungkin ada yang bertanya, mengapa tidak review Angelic Demons? Eh, salah. Angel And Demon? Dan sebenarnya, aku ada asalan aku sendiri mengapa aku tak mahu menonton movie itu walau pun jika dibandingkan dengan Push yang sebenarnya ditayangkan 3 bulan lebih lambat dari tayangan asal, dan juga rating untuk Angel and Demon adalah lebih tinggi. Tetapi setelah menonton Da Vinvi Code berberapa tahun lepas dan Angel and Demon dikatakan adalah sequel kepada movie tersebut, movie lakonan Tom Hank ini tidak lagi berjaya menarik minat aku.

Ok. Sinopsis Push, adalah sebuah movie action, thriller yang mengisahkan tentang sekumpulan manusia paranormal yang setiap mereka mempunyai beberapa jenis kuasa yang berlainan seperti boleh melihat masa depan, levitating, telekinetic, shadowing dan juga super loud scream. Dan seperti biasa mereka terbahagi kepada dua kumpulan, yang mengejar dan yang dikejar. Yang mengejar dikenali sebagai The Division sedang menjalankan experiment keatas yang dikejar.

Permulaan movie yang lembab, ceramah yang panjang dari Cassie lakonan Dakota Fanning sedikit sebanyak dah memberi gambaran yang aku sedang mononton movie yang tak berkualiti. Tetapi yang menimbulkan tanda tanya mengapa Dakota fanning sanggup berlakon dalam movie yang kelihatan seperti amat low-budget ini? Tetapi rasanya terlalu awal untuk aku buat rumusan. Kemudian muncul Nick lakonan Chris Evan yang sepatutnya menjadi hero untuk keseluruhan movie, tetapi sayangnya lakonan beliau dibayangi oleh kehebatan Dakota fanning.


Namun, walau sehebat mana lakonan Dakota fanning, beliau sendiri tak akan dapat menyelamatkan movie yang dilengkapi dengan set skrip yang lemah sebegini. Cukup-cukup lemah, terasa seolah-olah aku sedang menonton movie yang dibuat pada tahun 90an. Untuk menamakan satu movie contoh? Speed, lakonan Keanu Reaves. Kali ini aku tahu aku tak salah, ini sememangnya movie dari produksi low-budget cuma bernaung dibawah nama syarikat besar.

Semakin lama perjalan movie menjadik membosankan, jalan cerita yang tak menarik, teknik penceritaan juga kelihatan goyah, gaya kamera dan editing yang amatur, fight sequence dan juga kesan khas yang tak bermutu. Pemilihan pelakon yang tah sapa-sapa. Mungkin setelah terlebih guna modal untuk membayar gaji Dakota fanning, chris evan, dan juga Camilla Belle, syarikat cuma mampu menggunakan pelakon-pelakon murahan dari cina yang tiada bakat dan sanggup berlakon secara percuma asalkan movie lakonan mereka dapat ditayangkan di Hollywood.

Oh ya, Camilla Belle, salah satu sebab mengapa aku mampu menonton 10,000BC sehingga habis. Tetapi sayangnya, gadis bermata cantik ini kali ini di dalam movie ini, juga tidak mampu membuatkan ia menjadi lebih menarik. Sekali lagi, skrip yang lemah, dan ditambah pula dengan pemilihan wardrobe yang menyakitkan mata, mekap yang kelihatan amat comot menyebabkan aku sekali lagi bertanya, adakah ini benar-benar movie dari Hollywood? Come on people…

Tanpa disedari, movie tiba-tiba tamat. Permulaan yang lembab, pertengahan yang tak tentu arah dan kredit keluar secara tiba-tiba. Wah, dimana klimaksnya? Huh, tak sangka malam ni aku kena menonton sampah. Dan aku masih tak paham bagaimana Dakota Fanning buleh berada dalam movie ini.



Hey, ada sesiapa yang sudah pergi menonton jejak rasul versi kristian itu?

7 comments:

steellusion said...

aku dah dunlod tapi blom tengok.. tak dan.. haha.. nanti aku try tengok..

Ayusterrr said...

angel and demon tu cm cerita psl christian je. bosan.

encik adi said...

aku tau. sebab tu aku kata itu jejak rasul versi kristian. sama cam da vinci code. isu berat tapi jalan penyelesaian yg mudah.

StingRay said...

hoh...

macam cerita HEROES ja bunyinya....


haha

encik adi said...

tak. tak sehebat heroes.

profwacko said...

Push tak best langsung. rugi duit aku rm7. tu tak campur duit minyak n tol dari rumah ke Summit. 2 je aku puas ati dlm citer nie, Camilla Belle n special effect mamat pusher yg jahat tu deflect bullet.

Yg lain tu hampeh...

encik adi said...

tu lah. lagi baik beli dvd ja kan.