Friday, May 29, 2009

Terminator : Salvation

Starring: Christian Bale, Sam Worthington, Anton Yelchin,

Director: McG

Studio: Warner Bros.

Release: 21st May 09 (US), 28th May 09 (MY)

Warning: Contains Total Spoiler




Kebanyakan dari mereka yang aku kenal amat menanti-nantikan installment terbaru Terminator ini. Dan semalam, walau aku sudah berasa tidak ada gunanya lagi Terminator tanpa Arnold Schwarzenegger, aku juga telah menonton Terminator Salvation ini. Maka untuk review kali ini aku akan guna formula Mr. Rodney dari themovieblog.com dengan membahagikan review kepada 4 bahagian iaitu general idea, the good, the bad dan overall. Ini adalah supaya proses review untuk movie yang susah dan tak seronok untuk direview ini menjadi lebih mudah.


General Idea.


Kemusnanahan kaum manusia berlaku lagi atau sebenarnya masih lagi berlaku, dan kali ini John Connor selaku the prophet akan mengepalai kaum manusia menentang dan menghapuskan mesin dan pakatan skynet sambil menyelamatkan nyawa tebusan dan juga nyawa ayah John Connor sendiri iaitu Kyle Reese yang ditahan dalam headquater skynet di san Francisco, er, atau sebenarnya di new florida. Entahlah, aku pon dah lupa. The Rebellions dan John Connor yang dibantu oleh Marcus Wright yang sebenarnya adalah juga half human half mesin, kali ini telah berjaya menemui cara untuk menghapuskan mesin dengan menggunakan signal generator yang berfungsi untuk membuat herotan pada signal asal mesin tersebut dan seterusnya akan meletupkan diri sendiri. Tetapi apa yang mereka rasakan ultimate weapon mereka itu sebenarnya telah pon diketahui oleh Skynet dan menggunakan signal itu untuk menjejaki headquaters the rebellions. Iya, peperangan memang akan tamat, tapi kemenangan masih di pihak mesin.


The good.


Memang ini adalah pure action movie. Tiada apa selain action dan explosion. Dari mula sehingga habis. Semuanya digambarkan dan difilemkan dengan penuh begaya dan penuh majestic. Lupakan sahaja jika anda mula mahu mengira berapa jumlah letupan yang berlaku dalam movie ini. Scene action yang paling awal menarik perhatian aku adalah part dimana john connor yang sedang menerbangkan chopper ditembak jatuh tetapi yang berbeza adalah kejadian digambarkan dari dalam chopper, kelihatan kacak walaupun rasanya aku selalu tengok scene-scene sebegitu dalam fear factor tetapi kali ini rasanya agak lain kerana dalam fear factor tidak terdapat T-600. Dan bercakap tentang mesin atau robot-robot pemusnah yang sememangnya adalah aspek terpenting dalam setiap terminator, aku dapati kali ini mesin dan robot yang ditampilkan adalah kelihatan lebih segak dan tampan dari segi efek movement, dari segi brutality, dan dari segi kuantiti. Mesin pilihan aku dalam movie ini adalah prisoners transporter yang pada aku adalah super cool, yang buleh diceraikan dari cockpitnya, dan ia mengeluarkan movement sound yang supercool. Pastinya aku tak akan lari kemana-mana jika robot yang besar dan berbunyi cool macam itu datang melawat pekan kecil aku ini 9 tahun dari sekarang. Dan yang paling aku suka adalah scene dimana watak terminator asal, hero zaman kecil kita semua, iaitu Mr Arnold Schwarzenegger membuat cameo dengan menjadi salah satu model T-800 yang telah siap dan berlawan dengan John Connor. Namun cameo ini di dalam panggung kelihatan ada satu part yang menyebabkan aku tak berapa puas hati. Maka oleh itu kita akan beralih ke….


The Bad.


Ya. Apakah yang menyebabkan aku berasa marah dan tak puas hati menonton scene fight antara T-800 Arnold dengan John Connor? Sudah tentu kerana system penapisan filem Malaysia. Kerana berdasarkan apa yang aku tonton melalui trailer sebelum ini, ada 2@3 part yang buleh dikatakan agak grafik. Dan bagi aku untuk sebuah action movie, part yang seperti ini tak sepatutnya dipotong langsung. Dan lagipun itu Arnold la weh.. kita tak akan dapat tengok dia berlakon mana-mana movie lagi lepas nih. Kenapa disingkatkan scene itu hah? Celaka punya otak singkat!! Jika di atas aku katakan mereka melakukan a very nice jobs dengan segala jenis mesin dan robot-robot tuh, namun ada juga sesetengah aspek yang sedikit sebanyak menganggu aku. Ok mungkin pada sesetengah mesin atau robot dilengkapkan dengan teknologi yang paling canggih walau perperangan hanya berlaku 9 tahun dimasa hadapan, tetapi dimata aku kelihatan seperti ada robot yang sememangnya tak layak untuk dikelaskan sebagai robot tahun 80an pon. Apa yang menyebabkan aku berkata begitu adalah scene ketika dimana Marcus Wright bersua dengan Kyle Reese, sebuah robot T-600 dengan semberononya melepaskan tembakan kepada marcus dan malangnya bagi robot itu satu pon dari beribu pelurunya itu tidak terkena kepada marcus. Ok, ini memang nampak macam scene action movie yang biasa, tetapi mengapa aku pertikaikan disini adalah T-600 is a fucking robot, dan walau katanya ia adalah sedikit primitive, tetapi mengapa ia masih perlu melepaskan tembakan rambang sebegitu? Bukankan sepatutnya bagi sebuah organisasi ‘self-energize-and-self-technologize’ seperti skynet meletakkan system target lock di dalam setiap robot yang dicipita? Hey itu teknologi tahun 80an. Kenapa tak diaplikasi pada tahun 2009 atau 2018?


Ok tentang kelemahan yang lain pula, Christian bale, watak yang paling lemah dalam installment kali ini. Dia kelihatan terlalu mencuba untuk kelihatan gagah perkasa, sayangnya aku sedikitpon tak dapat percaya yang dia adalah hero atau the prophet untuk menyelamatkan kaum manusia. Dan cara Christian bale cuba membuat suara garau dalam kerengkong (deepthroath) ala-ala bruce willis tuh, sememangnya bagi aku kelihatan menjengkelkan, annoying dan ya kelihatan lebih bodoh. Seperti Johan raja lawak hendak melakonkan watak Nasir Bilal Khan. Aku juga tak suka bagaimana kesah Salvation of human kind ini ditamatkan, cara skynet diletupkan oleh John Connor kelihatan amat mudah dan aku mula terfikirkan kembali, bukankan pada mulanya mereka merancang untuk menggunakan serangan signal distortion untuk meletupkan skynet dan terdapat beberapa kumpulan rebellions yang sedang menunggu arahan dari John Connor untuk masuk serentak dan meletupkkannya? Tetapi apa yang dipaparkan adalah john connor yang tercedera dengan sendirinya meletupkkan seluruh skynet hanya dari atas chopper. Heroic? Bagi aku tak langsung. Menyelamatkan rakan exhibit dari dalam sands hour-glass, itu lebih heroic bagi aku.



Overall.



Dari mula sehingga habis aku tak berasa terhibur, selain daripada ketika kemunculan robot prisoners transporter. Jalan cerita yang lemah, penceritaan juga lemah. Cuma terlalu mengharapkan kesan khas yang hebat dan letupan yang menggila dari awal hingga ke akhir movie. Mungkin kerana aku dah terlalu bosan dengan idea masa hadapan manusia dihancurkan dengan perperangan dengan mesin yang sememangnya ini adalah idea yang bagi aku sudah terlalu basi. Cameo Arnold rasanya dah ok, tetapi apabila dipotong separuh oleh lembaga kaki potong, aku jadi marah dan tak puas hati. Tetapi ada dialog yang aku tak sangka akan digunakan kali ini telah digunakan kembali cuma bukan dari mulut Arnold tetapi dari Christian bale. “I’ll be back” Cuma dengan itonasi yang salah, slanga yang salah dan gaya penyampaian yang salah. Menyebabkan aku membuat rumusan yang Christian bale sememangnya membesar dengan tidak pernah menonton mana-mana movie Terminator. Kesian dia kan.


Ok. Itu saja untuk kali ini. Esok aku akan buat review monster vs alien pulak. In full 3D view.



Astalivista Baby!!





6 comments:

Ayusterrr said...

oh so tak bestlah. okay taknak tgk.

encik adi said...

bukan tak best. cuma tak penuhi kriteria aku.

profwacko said...

bro... sorry la bro. aku kurang setuju skit ngan review ko. huhu.

First2 dulu, rasanya bukan The Rebellions, tetapi The Resistance. Rancangan Skynet sebenarnye camni...(dari pandangan aku la) Marcus Wright nie product Skynet, dia telah d pilih tuk memerangkap c John nie masuk skynet utk d bunuh oleh T-800 (arnold). Then, signal generator yg bleh switch off machine2 nie, sbenarnye dari Skynet tu sendiri, (Skynet yg buat signal nie).. so, tujuannye, mmg tuk memerangkap manusia tuk gunakan signal tu besar besaran n detect dari mana serangan akan d lancarkan. tgk la, rasanya submarine tu je yg ready guna signal tu, then dorang je kena detect geng2 robot nie n kapalselam tu pun dletupkan.

huhu.. ada yg aku stuju, ada yg tak setuju la ngan point2 Mr Adi. Phrase "I'll be back" tu contohnye, bukan nak ikut Arnold, tetapi rasanya di lafazkan ikut gaya Cristian Bale sendiri. Takkan nak ikut sejibik cam Arnold ngan gaya, slang, intonasi yg sama kan. Tak best ar camtu. Ape2 pun, movie nie best n tak rugi tgk.

peace Mr Adi, kita still kawan kan.

encik adi said...

haha. ya, aku dah tau aku salah letak nama the rebellion tapi aku malas nk ubah. sori sangat-sangat.

it's ok. you don't have to like what i like, and you also don't to hate what i hate in a movie. that's the beauty of opinions. thanks for your opinions. i appreciate it.

tapi ada part yang aku tertipu, rupanya arnold tak pernah buat cameo dalam nih. t-800 arnold tuh rupanya adalah CGI. cih mata aku memang dah rabun sangat nampaknya.

steellusion said...

x mnarik minat aku sngt, aku ingt more battlefield... huhu

encik adi said...

so tinggai lagi satu action movie of the year ja la nk kena tggu lanie kan.