Saturday, May 2, 2009

X-Men Origins: Wolverine

Staring: Hugh Jackman, Liev Schreiber, Ryan Reynolds

Director: Gavin Hood

Studio: 20th Century Fox & Marvel Comics

Release: April 30th, 2009





Hey bub! Hujung minggu yang dinantikan akhirnya tiba, dan pada minggu ini ia bermula satu hari lebih awal. Tayangan bermula pada hari rabu, juga, satu hari lebih awal dari biasa. Mungkin kerana semua orang terlalu teruja untuk menonton Wolverine, atau mungkin kerana ada yang merasakan dengan adanya ‘leaked-unfinished-version’ tiada gunanya menangguh tarikh tayangan, lebih baik diawalkan sahaja.

Untuk pengetahuan, aku tidak pernah menonton versi unfinished itu.

Semenjak dari trailer pertama movie ini dikeluarkan, aku dah mula bertanya diri sendiri adakah aku mahu menonton satu lagi movie tentang wolverine setelah dimana rasanya ketiga-tiga movie x-men yang terdahulu pon sememangnya sudah terlalu banyak memfokuskan kepada wolverine. Cuma kali ini bahagian sejarah silamnya pula dibongkar. Oh maaf, bukan dibongkar, diceritakan semula dilayar yang lebih besar dari kertas komik dan lebih berwarna, dan lebih berbunyi. Tidak seperti dalam komik.

Aku masuk kepanggung 8 minit lewat setelah movie bermula. Terima kasih kepada gadis kaunter yang terlalu peramah. Fight scene yang pertama memang cantik, gaya wade, atau ketika ini aku masih konfius tentang nama mutan-nya memutarkan pedang untuk mengelak peluru, aku sifatkan sebagai genius move. Permulaan yang hebat. Aku dah teruja. Setelah aku semakin selesa di seat aku sendiri, fight sequences masih belom berhenti, ini benar-benar action movie. Literally. Pada masa yang sama, aku memulakan permainan yang sering aku main seorang diri ketika menonton x-men, iaitu permainan ‘spot-the-mutans’. Jalan ceritanya masih lagi samara-samar. Mungkin pada pendapat pengarah, untuk apa fokuskan pada jalan cerita yang mana semua penduduk bumi dah tahu jalan ceritanya. Lebih baik cuma mantapkan efek-efek grafik dan juga aspek action. Semua orang mahu tengok Logan bercakaran, bukan berdrama.

Hugh Jackman kelihatan semakin menjiwai wolverine, dari pandangan mata aku, setiap aspek perwatakan ganas dan kejam yang ada pada wolverine a.k.a logan dapat ditonjolkan dengan sempurna oleh hugh jackman. Memilih beliau sebagai wolverine dari awal projek x-men adalah pemilihan yang tepat. Namun aku agak kecewa dengan watak sabbertooth. Yang sepatutnya susuk badan sabbertooth adalah 2 kali ganda lebih besar dari manusia normal, lebih berbulu, dan lebih kejam. Namun satupon dari kreteria tadi tidak ditepati. Cuma yang kelihatan menonjol adalah lakonan Liev Schreiber, jika diawal tahun ini watak dan lakunannya tenggelam dek kerana dibayangi oleh Daniel Craig dalam Defiance, kali ini dia kelihatan semakin matap. Dari segi lakonan. Will.I.am? aku lebih suka dia pada moto-moto. Action movie tak begitu sesuai untuknya.

Juga watak yang ditunggu-tunggu oleh semua fanboys X-Men iaitu Gambit, akhirnya tiba. Dengan begitu gah sekali. Walau tak begitu banyak scene yang ada untuk gambit, tetapi setiap kali muncul di skrin, semuanya kelihatan lebih menarik dan cantik. fight sequence yang tak begitu cantik tetapi dibantu dengan cemerlang oleh efek grafik yang memukau. Kalau tak salah cuma ada 3 scene fight untuk gambit dan ketiga-tiganya lebih menarik ditonton dari segi grafik.

Watak terakhir yang ingin aku bicarakan disini adalah weapon XI. Atau yang mana aku masih kurang pasti adalah itu wade atau mutan terbitan. Yang mana membawa kepada ketidak pastian yang mana satu adalah Deadpool yang asal. Kerana kedua-duanya masih tidak bertopeng. Tapi wade mati awal. Weapon XI, dalam fight yang paling hebat dalam movie ini, secara choreography-nya dan juga grafiknya, juga mati. Maka siapakah DeadPool pada masa sekarang ini masih menjadi tanda tanya kepada aku.

Kelemahan movie ini pada aku cuma ada dua. Satu, jalan cerita yang terlampau mudah. Buleh diagak apa yang akan berlaku, dimana terjadi apa dan siapa adalah apa(selain dari Deadpool). Dan yang kedua, insiden yang paling bersejarah pada logan ketika ditanamkan andamantium didalam badannya. Tidak digambarkan dengan begitu berkesan, kurang dramatic, kurang menarik, kurang menyeksakan, kurang menyakitkan dan kurang memilukan, so forgettable. Walhal, pada wolverine sendiri insiden itu adalah insiden yang tak pernah hilang dari ingatannya sendiri walau memorinya telah dierase.

Secara keseluruhan bagi aku, X-Men Origin: Wolverine adalah menarik. Mantap dari segi action, cantik dari segi grafik, klasik dari segi penceritaan(walau tak berapa banyak jalan cerita) dan kesan letupan yang buleh menitiskan airmata. Walau aku tak ingat berapa banyak mutan aku dapat spot dengan permainan ‘spot-the-mutans’ aku tuh, namun rata-rata aku berpuas hati dengan kehadiran watak-watak penting seperti gambit, prof Xavier, dan the blob. Harapan aku, jika X-Men Origin akan diteruskan, tolonglah buat sejarah tentang Magneto pula. Dan sila gunakan pelakun yang lebih muda! Neil Patrick Harris adalah calon terbaik yang buleh aku usulkan.


6 comments:

steellusion said...

dah tengok werkprint, malas plak nak g tengok wayang, so aku tunggu dvd rip je la.. haha...

btw, movie ni mmg depa compress gile2 dr novel grafik origin ... kalau baca novel grafik dia, panjang lagi story nih... tapu aku masih sedih sbb xmen movie ni x sma ngn komik dr segi kostume la maksud aku.. huhu.. kenapa la bila movie adaptasi ni slalu ja depa ubah bagi kelainan, blom ade lg ke movie yg btul2 bila kita tonton mcm kita duk baca komik depa gak...

encik adi said...

ada. 300 dengan watchmen. tapi berapa ramai diantara kita yang baca kedua² novel grafik tuh? dan FYI, todd mc farlen hantaq sms kat aku kemarin. ada sedikit berita gembira dari spawn. nnt aku post berita dia.

Nadeeya Khair said...

oh baru tgk wolverine malam semalam. yeahh. best! :DDD

encik adi said...

oh so it was you who makes all those funny noises at the back of my seat?

profwacko said...

nice review bro.. gud one.

encik adi said...

tenkiu..tenkiu..

tenkiu for stepping by.