Saturday, March 14, 2009

Beberapa movie sequel yang amat aku nantikan

HighSchool Musical 4
Aku suka cerita nieh. Sila jangan tanya mengapa. Tapi selepas sequel yang ketiga aku sangkakan setelah semua tamat pengajian di highschool itu francise movie ini pon akan berakhir. Rupanya masih ada lagi sambungannya. Yalah yang tamat hanya student, tapi highschool masih ada lagi. Menurut themovieblog, dalam HSM4, wildcats akan dianggotai oleh ahli-ahli yang baru. No more gabriella atau troy bolton? Damn!

TRON 2.

Semasa kecik aku tak sempat tengok movie ini, kat tv pon setahu aku tak pernah tayang. Movie yang buleh dikatakan sebagai pioneer untuk movie yang bergerne electronically/computeristic. Dengan baju dar blue dan berneon, tiada apa yang lebih canggih dari ini untuk tahun 8oan. Tapi untuk tron2 atau TR2N ini aku rasa kesemuanya akan lebih canggih. Hey memang berbaloi tunggu selama hampir 20 tahun untuk buat sequel. LatinoReview ada detailnya.

Pirates Of Caribbean 4

Capt. Jack Sparrow datang lagi. Bapak dah jumpa. Mak pon dah jumpa, atau sebahagian dari maknya. Kali ini untuk installment yang ke 4, Capt. Jack akan ditemukan dengan abang -atau mungkin adik-nya pula. Desas desus mengatakan mungkin role abang sparrow akan dilakonkan oleh Russel Brand (forgeting sarrah marshall). Dan ada juga yang berkata Zack Affron (HSM) yang akan memegang watak tersebut. Aku tak kesah mana satu, kerana aku cuma mahu tenogk Capt. Jack. Savvy?





Judge Dredd 2.0

Aku pernah listkan movie ini dalam blog lama aku sebagai 'must watch movie for 2009'. Tetapi nampaknya aku kena tukar ke list 'must watch movie for yang-entah-bila-nak-siap'. Info yang sedikit sangat didapati dari Cinematical.com.








Twilight New Moon.

Walaupun Stephenie Meyer dikutuk teruk oleh Stephen King tentang buku twilightnya. Namun aku pasti akan kembali ke panggung untuk sequel yang diberi tajuk Twilight Saga New Moon ini. Aku tak peduli sangat betapa bersinarnya dan betapa romatiknya si edward cullen tuh. Tapi sapa yang buleh resist tengok dakota fanning ada fang dan hisap darah manusia? Aku tahu aku tak buleh. Er.. Madonna? Harap-harap dia tak dapat pegang watak apa-apa la..




Saw VI (The Final Piece Of Puzzle)

Kematian John Krammer tak memastikan kekejaman jigsaw muderer akan berakhir. Cuma setelah aku kecewa teruk dengan installment yang ke lima tahun lepas, yang hanya penuh dengan pendedahan rahsia daripada rahsia silam pakatan jigsaw. Aku harap kali ini ia akan lebih ganas dari segi graphically dan juga memaksa kami supaya lebih berfikir secara ganas. Movie ini baru sahaja selesai casting. Mungkin akan ditayang kan pada halloween tahun ini. Jangan risau, kita semua kena tunggu DVD ja. Jangan harap ia buleh ditayangkan di mana-mana panggung malaysia.

6 comments:

'AQILAH said...

ha!...
ade yg ke 4!
ala...xbest ar gabriel daxde...
die la penarik utame aku trutamenye nak tgk!!!!!!
huhuhuhuhuh

encik adi said...

tu lah. xsyiok dah la kan.

'AQILAH said...

em!..
da xbest...
citer len tu macam xpena tgk jek..
twilligh still the best!

encik adi said...

setuju!!!

Shank said...

saw 1-4 antara movie psycho killer terbaik rasanya. masuk kelima, bila hoffman jadi hero everything was plain dull. i mean what could be more torturing than boredom? but still, looking forward to see the next sequel. kita tgk sama sama nanti nak tak adi? haha

encik adi said...

yup yang kelima dah jadik more ke investigation movie. baik tgk csi miami ja camtuh.

tgk sesama? ok jugak.