Friday, March 6, 2009

Juno : DVD review

Pengarah: Jason Reitman

Pelakon: Ellen Page, Michael Cera, Jennifer Garner,

Studio: Fox Searchlight Pictures

Tarikh Tayangan: 5 Dec 2007 (limited)

Harga DVD: 3 keping 15ringgit.


Sekali pandang pada kulit dvd aku sangka ini adalah satu lagi cerita gadis-gadis blonde highschool U.S yang tipikal seperti yang selalu-selalu. Tetapi setelah cerita bermula, baru aku tahu ini bukan cerita highschool U.S yang biasa. Ini bukan cerita yang biasa.

If I was a flower growing wild and free,
all I want is you to be my sweet honey bee,
and if I was a tree, growing tall and green,
all I want is you to shade me and be my leaves.

Dimulakan dengan lagu dari barry Louis polisar yang amat easy listening, mengisahkan tentang si Juno lakonan Ellen Page atau lebih manja dengan panggilan Jun-Bag yang telah mendapat tahu bahawa dia telah pregnant hasil dari hubungan seksual pertama kali dengan bandmatenya, Paulie Bleeker. Apa yang menarik, walau hatinya cemas, juno masih kelihatan dan cuba kelihatan cool seperti tiada apa yang berlaku. Juno yang berumur 16 tahun sememangnya berpewatakan sebagai gadis yang cool, tidak terlalu cantik untuk memegang watak Gabriella didalam HSM4, dan tidak terlalu huduh untuk watak Yo Soi Betty La Fea. Cuma terlalu sarcastic, cynical dan adakala bercakap terlalu laju sehingga kelihatan seperti Rory Gilmore. But in a way cooler version.

Gagal dengan proses abortion, mungkin kerana terhasut oleh su-chin yang berpiket di depan pusat abortion, Juno memilih untuk meneruskan kandungan dan memberikannya kepada keluarga angkat kelak. Tapi masalah juno masih belum selasai diketika itu. Perutnya akan membuncit jika kandungan itu diteruskan dan semua orang akan tahu. Termasuklah ayahnya dan juga mak tiri.

Tak seperti cerita-cerita gadis blonde highschool U.S yang lain, ketabahan juno untuk berdepan dengan masalah sendiri amat dikagumi. Dan nasib juno juga baik kerana walaupun mempunyai keluarga yang buleh dianggap freak, tetapi tetap memahami permasalahan yang dihadapi juno. Mereka juga dengan pantas bersetuju dengan idea juno untuk mencari keluarga angkat untuk bagi dalam kandungan. Belum bersedia untuk menjadik grandparent kata mereka, tapi kelihatan jelas dimuka yang menyatakan cukoplah hanya dengan juno. Mana mungkin mereka dapat handle lagi seorang yang kemungkinan besar akan berperangai sama seperti juno.

Disepanjang cerita, lagu-lagu anti-folk dari kimya dawson yang begitu lyrically significant digunakan untuk mendatangkan mood tenang kepada penonton. Dan ia berkesan.

Dalam movie ini juga buat pertama kali aku mendengar perkataan fuck ditambah imbuhan menjadi fuckity. Belum pernah aku dengar dalam movie-movie yang lain. Thanks juno, nanti aku guna.

Masalah timbul pabila pasangan keluarga angkat, mark and Vanessa, mula menghadapi keretakan rumah tangga dan akhirnya bercerai. Sekali lagi lagu dari kimya dawson mengambil tempat untuk menimbulkan mood tenang. Tetapi oleh kerana kesungguhan Vanessa lakonan jeniffer garner yang ingin menjadi ibu menyebabkan juno meneruskan dengan idea asal iaitu untuk melahirkan kandungan dengan sihat.

Tatakala ini aku masih lagi berfikir mengapa movie ini tidak ditayangkan di panggung di Malaysia, kerana inilah satu-satunya movie yang begitu realistic dan juga mengajar semua gadis bawah umur di negara ini untuk menjadi tabah dan pandai membuat keputusan. Being pregnant is not the end of the world. Eh betui ka ayat tuh? Abortion dan suicide tidak sepatutnya diletakkan didalam senarai option.


6 comments:

Q said...

bagus ko komen yek..tp at least ade guide for sesiapa yg nk tgk movie...

encik adi said...

Q - aku review sbb aku mmg suka bercerita tentang cerita ja.

hannah joe said...

gila best cte ni!!

Shank said...

soundtracks juno semua best!

Aslina said...

aku baru je pas tengok citer ni kat star movies...yup...juno memang cool...

dan juge...kalo dah terbabas dan ter-pregnant...abortion is not an option...erm...dier bleh handle sume ngan cool...

ah, parents dier pun sangat cool sebab apape pun dier rileks je bleh share ngan family dier...

paling aku takleh blah nama adik dier...ape bende tah liberty...haha!! memang freak nama adik dier...

Jane Nab said...

euh.. my watch wishlist ni.. belum tengok lagi ni.. penat. kije je kijenye.