Friday, March 13, 2009

Dragonball - Evolution

Pengarah: James Wong

Penerbit: Stephen Chow

Studio: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 12 March, 2009




Ini adalah movie yang bagi aku adalah sebagai ‘the most talk about movie’ dan yang paling dinanti-nantikan semenjak 5 tahun kebelakangan ini. Dan aku percaya tiada seorang pon rakyat negara ini yang tidak buta huruf tidak pernah membaca komik agung karya akira toriyama ini. Jumlah fans-nya dah tentu melangkaui jumlah fans mawi. Ok, tak relevan.

Cuma, kepada semua fanboys, jika anda belum menonton movie ini, nasihat aku adalah; don’t expect too much.

Dan ini jugak rasanya movie Stephen chow yang pertama sejak beliau mula bertapak di Hollywood.

Cerita bermula dengan sedikit intro tentang apa itu dragon ball dan siapa itu picco. Permulaan yang bosan, mungkin kerana rata-rata penonton yang ada dalam panggung bersama dengan aku ketika itu sudah pon tahu siapa dan apa misi keseluruhan cerita. Cuma mahu tahu bagaimana ia diceritakan pada movie ini. Umum tahu setelah melihat di poster atau di trailer, watak goku tak seperti yang diharapkan. Tapi bagi aku ini adalah buleh dimaafkan. Kerana bagi aku, goku yang sebenar adalah makhluk asing, atau yang lebih sedap didengar, bukan makhluk bumi, dan sudah tentu bukan Japanese. Maka tindakan pengarah untuk mengambil pelakon yang bermuka Caucasian adalah dianggap masih ok. Cuma, ya memang kita semua hampa apabila rambut tepacak gagah perkasa berwarna hitam kembang itu telah diabaikan. tengok, mamat ni pon buleh buat rambut oren pacak-pacak. Apa-pasai lu orang tak buleh buat hah?

Terdapat beberapa percanggahan pada personaliti goku yang komik dengan yang movie. Tak perlu aku terangkan di sini rasanya. Malah percanggahan personaliti juga berlaku pada beberapa watak lain seperti chi-chi, yamcha dan bulma. Tapi mungkin ini adalah salah satu muslihat pengarah supaya jalan cerita movie tidak kelihatan terlalu loyal dengan jalan cerita pada komik.

Pemilihan dan penggunaan kostum yang tak begitu sempurna, tok kura walau kelihatan sama pervert dan senentiasa berbaju bertema Hawaii, tapi tanpa cengkerang kura dibelakang, ia tetap bukan tok kura. Baju oren goku kelihatan ok, tetapi terdapat masalah pada seluarnya. Kelihatan begitu capoera wannabe. Dan yang paling teruk adalah kostum dan wajah picco kelihatan terlalu robotik, sehingga kadang-kala kelihatan seperti Dr. Doom dari fantastic 4, atau green goblin. Dua antenna di kepala juga tiada.

Kostum Bulma pula pada aku adalah cukup menarik dan yang paling menjadi (mungkin kerana bulma tiada kostum tetap), walaupon muka pelakonnya ada sedikit kelihatan ala-ala Juliana banos + Jennifer garner, tetapi gaya susun atur rambut dan sedikit hi-lite di sini-sana berjaya menimbulkan sedikit perasaan yakin kepada aku yang itu adalah bulma. Tiada masalah pada kostum chi-chi, dan aku suka gigi cantik dia tuh. Tak pernah aku perasan dalam komik yang chi-chi ada gigi secantik tuh. Aku juga suka part dimana aku disajikan dengan cleavages daripada ketiga-tiga watak gadis di sepanjang movie ini. Nice, nice dan nice.


Tapi hey, kenapa suara yamcha distereotypekan? Skrip pon ala-ala sedang jadi narrator untuk maximum exposure. ‘countdown on max-x list!!’. Macam pantat ja bunyi dia.

Sungguhpon begitu, pada aspek grafik, CGI yang digunakan adalah tidak mengecewakan sama sekali, effect letup yang cantik, effect capsul bulma bertukar kepada kenderaan yang agak sophisticated, effect ka-me-ha-meha yang menawan, dan effect naga yang diseru dari dragonball juga kelihatan agak sempurna. Ketika ini aku terasa seperti tidak menonton movie Hollywood, kerana effects yang sebegini selalunya hanya diguna pada movie-movie dari hongkong seperti Storm Riders dan juga The Legend of Zu.

Pemilihan pelakon sememangnya pada aku adalah total miscast. Dari goku sehinggalah ke yamcha (jika menurut aturan appearance). Tiada satu pon diantara mereka yang kelihatan menjiwai atau memahami watak masing-masing, pakai redah ja belakon. Sah-sah mat saleh, dragon ball version mana yang depa baca aku pon tak tau.

Keseluruhan movie ini pada aku adalah terlalu simple, seperti membaca sinopsis di kulit belakang komik tentang pengembaraan awal son-goku. Plot dan jalan cerita bukan saja mudah diduga, malah keseluruhan cerita dah buleh diagak dari awal lagi. Mungkin kerana semua orang sudah tahu segalanya tentang komik ini dan mungkin juga kerana jalan cerita yang terlalu mudah. Tajuk ‘dragonball – evolution’ juga kelihatan seperti tidak tepat, bagi aku jika untuk jalan cerita yang sebegini tajuk yang lebih sesuai sepatutnya adalah ‘dragonball- the beginning’ atau ‘dragonball –rise of son-goku’.

Seperti apa yang aku nyatakan di atas, don’t expect too much. Kerana tak banyak detail yang ada pada movie ini, mungkin kerana saga dragon ball itu sendiri dah terlalu panjang, dan ini aja yang mampu dimuatkan dalam movie yang hanya berdurasi 1 jam 20 minit ini.

Tetapi aku tetap tak puas hati, kenapa tiada awan guling??

3 comments:

steellusion said...

filem ini gagal.. huhuuu

encik adi said...

ok sikit drp chun-li la...

Jane Nab said...

menyakitkan hati.