Sunday, March 8, 2009

Watchmen

Pengarah: Zack Snyder

Pelakon: Malin Akerman, Billy Crudup, Matthew Goode, Carla Gugino, Jackie Earle Haley, Jeffrey Dean Morgan, Patrick Wilson

Studio: Warner Bros.

Tarikh Tayangan:6 March, 2009 Worldwide




Ini adalah movie yang ketiga dari Zach Snyder yang aku tonton di panggung. Daripada 300, epic Spartan yang amat gah sehingga menyebabkan penonton tak senang duduk di kerusi masing-masing ingin turut serta didalam perang bersama Leonidas, dan juga The Spirit kisah superhero yang juga menyebabkan penonton tak senang duduk dikerusi masing-masing ingin keluar dari panggung kerana plot-plot cerita yang amat bullshit. Maka sebelum Watchmen ini bermula, aku tidak meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi agar movie ini buleh menjadi standing 300.

Satu lagi adaptasi daripada novel grafik oleh Allan Moore, mengikut sumber iesb.net, Zach Snyder dikatakan terlalu setia dengan jalan cerita komik ini dan tidak membuat sebarang perubahan pada jalan cerita yang beliau arah ini.

Permulaan cerita yang agak kemas walaupun dengan introduction yang agak panjang tetapi kelihatan memang significant untuk cerita adaptasi sebegini supaya penonton baru seperti aku ini yang sememangnya sebelum ini belum pernah membaca komik watchmen ini faham akan situasi dan juga jalan cerita asal watchmen ini. Aku juga berpuas hati dengan grafik dan juga kesan khas yang digunakan didalam movie ini. Walaupun terdapat part-part slo-mo yang sering kali diulang guna walau dalam 300 dan The Spirit, ia tetap kelihatan hebat dan berjaya menambah kesan dramatik pada movie ini.
Penggunaan lagu oldies ketika scene fight antara Comedian dan hitman itu amat hebat. Mencampur adukkan unsur ganas dan tenang, amat genius. Cuma rasanya lagu 99 red balloons ketika Dan dan Sally lepak minum tu rasanya macam tak masuk sangat.

Tetapi setelah semakin lama movie berlansung, setelah seorang demi seorang hero dan heroin pencen direveal perjalanan cerita kelihatan semakin kusut, semakin banyak agenda dan misteri dipaparkan. Apakah peranan setiap ahli watchmen terhadap konflik U.S dan Soviet? Apa punca sebenar Comedian dibunuh? Apa punca yang menyebabkan Rorschach terlalu takut dengan si pembunuh Comedian? Dan yang paling penting, apa yang menyebabkan kesemua ahli Watchmen pencen?

Setelah kemunculan Dr. Manhattan aku harap segala misteri tadi dapat dihuraikan satu persatu, rupa-rupanya, Encik Snyder lebih suka memilih untuk menambahkan misteri didalam jalan ceritanya. Pada ketika ini perjalanan movie didapati semakin perlahan. Setiap event diceritakan dengan terperinci. Malah amat-amat terperinci sehingga tiada satu benda pon yang diceritakan kelihatan bersangkut paut. Mungkin kerana masih dipertengahan cerita. Namun penceritaan yang sebegini menyebabkan aku terasa yang pengarahnya, Zach, terlalu setia mengikut jalan cerita didalam komik sehingga menyebabkan aku terasa seperti orang luar. Bukan seperti orang yang menonton dari luar, tetapi terasa seperti ia diceritakan agar hanya ‘fanboys’ komik ini sahaja yang mampu faham segala misteri-misteri yang dipaparkan.

Tapi aku tengok gaya Rorschach ber-narrator kelihatan sama seperti gaya The Spirit ber-narrator.

Tiada rungutan pada bahagian kostum, malah pada aku rasanya kostum yang diguna pakai didalam watchmen adalah kelihatan jauh lebih menarik dari kostum The Dark Night. Kostum Rorschach adalah yang terbaik, namun terdapat sedikit masalah pada kostum Dr. Manhattan kerna terlampau melucah sehingga terpaksa di-censored sedikit pada bahagian kemaluannya. Oh harap pengarah lain kali akan lebih prihatin dengan lembaga penapisan filem di Malaysia ya! Juga terdapat masalah pada kostum Silk Specter II yang nampaknya beliau lebih suka menanggalkan kostum daripada memakainya dengan betul. Zach, buleh jelaskan tak? Banyak sangat adegan make-out yang tak penting nieh, apa pasai?

Dibahagian ending adalah dimana kesemua misteri terungkai. Walau tidak satu persatu, tetapi terasa ending seperti ini tidak pernah ada didalam mana-mana cerita superhero. Ini kerana akhirnya kita akan dapat tahu yang ini adalah betul-betul ‘superheroes movie’. Literally, memang tiada villain, cuma yang ada si watak antagonis yang menggunakan cara yang tidak jujur untuk mendapatkan apa yang dunia ini perlu, iaitu keamanan. Yang mana Dr. Manhattan juga akhirnya terpaksa akur.

Untuk keseluruhan cerita aku rasakan Zach Snyder tak sepatutnya terlalu mengikut jalan cerita komik kerana seperti yang aku katakan diatas ia hanya mengundang keceramukan dan kekeliruan pada penonton baru. Namun begitu, jalan ceritanya buleh dikatakan amat menarik kerana berjaya mencabar minda ‘penonton-yang-bukan-fanboys’ untuk menyelesaikan misteri sebelum movie selesai. Dan satu lagi yang aku tidak puas hati dan tidak faham ialah mengapa ending-nya pula yang tidak mengikut jalan cerita asal dari komik? Sepatutnya terdapat serangan dari squid atau serangan nuke. Tapi tiada kedua-dua serangan ini berlaku diakhir movie ini. Huh mungkin mereka menyimpan kedua-dua serangan ini untuk sequel-nya nanti…

3 comments:

Aslina said...

tekanan betul bace review ko nih...ape nak jadik ngan pengarah skang ni...sume nak save untuk wat sequel...baik buat drama bersiri terus...huhu

Jane Nab said...

i love its pop art.. thats one of the reason why im watching this muvi selepas the spirit. its an amazing and amusing and good muvi, walaupun ramai yang keluar sebelum wayang sempat habis.. bodoh itu worang, mesti dah basah kat kerusi.

yep. to me, dr manhattan is too seducing. tak sanggup i tengok lama2.. i kinda jatuh cinta kat dia cam silk voltra.. eik, betul ke silk voltra? hum..

encik adi said...

silk specter lah...