Friday, March 6, 2009

Street Fighter: Legend Of Chun-Li

Studio: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 27 Feb 2009 (Worldwide)







Hollywood seperti biasa, ketandusan idea original kali ini datang lagi dengan adaptasi dari permainan video yang popular sejak dari awal 90an. Street fighter; the sofia legend. Eh bukan, legend of chun-li cuba mengisahkan tentang permulaan watak chun-li, antara karektor yang buleh dikatakan agak significant dalam permainan video tersebut.

Permulaan cerita yang agak lembab dan lemah, watak chun-li yang sepatutnya ceria kelihatan agak suram dan pendiam. Mungkin kerana ini adalah kisah sebelum beliau dewasa dan sebelum beliau dapat menguasai semua jurus- jurus kung-fu kaki pantas seperti yang didalam permainan video. Tak mengapa, perwatakan yang sebenar mungkin akan muncul pada bahagian klimaks movie ini.

Tidak banyak karektor asal diketengahkan didalam movie ini, entah mengapa. Mungkin si pengarah mempuyai perancangan tersendiri dimasa hadapan kerana rumors mengatakan akan ada sequel untuk movie ini. Segala harapan dan impian untuk menyaksikan watak-watak street fighter dengan costume yang sama seperti didalam permainan video musnah sama sekali apabila menyaksikan kemunculan Mr. Bison dengan bertuxedo hitam, yang sama sekali tidak menyerupai Mr. Bison didalam game yang memakai jaket kulit dan topi berwarna merah. Mr Bison didalam game juga berbadan besar, tetapi Mr. Bison ini berbadan seperti manusia normal yang langsung tiada kelihatan niat berbuat jahat dimuka bumi. Costume yang dipakai oleh Kristen kreuk lagi lah. Langsung tak menampakkan yang dia adalah chun-li. Hampeh.

Plot-plot juga diceritakan dengan tidak jelas seperti mengapa bapa chun-li diculik dan apakah kepentingan bapa chun-li itu kepada organisasi Shadolao, yang sememangnya ini tidak pernah ada organisasi ini didalam permainan video. Kemunculan 2 orang watak yang tak pernah wujud dalam permainan jugak mula megelirukan penonton, apakah fungsi sebenar polis yang bernama Maya dan jugak er.. Nash kalau tak silap. Hah! Apa fungsi mereka?

Dipertengahan cerita penonton rata-rata kelihatan mula berasa muak pabila melihat chun-li yang besar masih lagi merayau-rayau ditengah pekan di Bangkok mencari gen dan masih tiada aksi lawan-melawan dari mana-mana pihak. Kata action movie, tapi apasai dah dekat sejam tapi aku masih dok tengok Kristen kreuk dok jalan- cari makan lagi nieh?? Masa bila nak lawan oi!?

Dan setelah Kristen oh bukan, chu-li, bertemu dengan guru gen yang katanya dari mazhab jaring(aku baca subtitle) sekali lagi penonton dikelirukan, mengapa chun-li yang sepatutnya adalah master of kung-fu kaki pantas, tetapi diajar dengan kung-fu baling guli dan tangkap pedang? Mengapa tidak diceritakan bagaimana caranya chun-li mendapat hikmat kung-fu kaki api dan jugak ‘the-most-famous’ kung-fu helikopternya itu? Malang kepada penonton yang dari awal movie mengunggu kedua-dua hikmat ini digunakan, tetapi cuma hikmat helikopternya aja yang diguna pakai. Tetapi itu pun cuma ketika scene lawan dengan pak guard club dan pada angle yang salah.

Ketika ini perwatakan chun-li yang ceria dan suka melumpat gembira setelah menewaskan musuh masih tidak muncul. Entah bila…

Scene yang sepatutnya membuatkan penonton tak senang duduk dalam panggung sepatutnya adalah scene lawan antara chun-li dan vega. Sepatutnya semua jurus yang ada pada chun-li dipamerkan disini. Tapi tuih! Hampeh, lawan tak sampai 1 minit, vega dah K.O. Apa nie wei?? Part jalan-jalan tengah pekan lu buat sampai dekat setengah jam, tapi part lawan seminit ja?

Beralih kepada Mr. Bison yang nampaknya dah pandai jadi perancang wilayah, dah pandai main saham dah pandai baca harga tanah dan dah pandai join MLM nieh secara tiba-tiba bertukar menjadi sentimental dan nak cari anak dara dia yang dah lama tak jumpa. Apa kes? Ini pon tidak diterangkan secara terperinci dan menyebabkan penonton mula berasa benci dan hairan, apa kena mengena si white rose dan juga perancangan wilayah Mr Bison tuh?

Ada penonton yang merasakan scene tembak-menembak diantara pihak shadolao dan jugak pihak polis yang tiada kena mengena dengan permainan street fighter ini adalah tidak perlu dan ia telah dianggap sebagai annoying.

Dan diakhir movie dimana part chun-li sepatutnya membuat jurus terakhir untuk mengalahkan Mr Bison yang masih lagi memakai tux hitamnya itu, penonton mula beranggapan yang chun-li akan membuat signature movenya iaitu sepakan helicopter (atas, bawah, lowkick+hi kick. Kalau tak silap aku) tapi rupanya chun-li lebih suka memilih untuk melancar kan sebuah abuugiit atau abuugenn tepat ke dada Mr Bison lantas meng-kepak pala untuk K.Okannya.

Ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kemarahan pada penonton.
Setelah selesai movie, kelihatan ada penonton masih lagi di seat masing-masing dan bertanya sesama mereka sendiri “weh dalam game kalu camna chun-li buleh buat abuugiit? Aku tak penah dapat buat pon”

Dan sehingga ke habis cerita pon watak chun-li yang ceria tiada kelihatan.

Keseluruhan cerita adalah begitu menghampakan dan membosankan, peminat permainan video ini sekali lagi dikecewakan setelah percubaan pertama mereka dengan menggunakan van damme pada tahunni 90an dahulu. Dan kini Kristen kreuk dah buleh berbangga kerana telah mempunyai nama sebaris dengan van damme dalam list pelakun cerita adaptasi permainan video yang amat tak buleh belah. Dan totally pemilihan pelakon yang tak kena pada filem yang tidak kena.

4 comments:

steellusion said...

cam kureng sket ja film ni weh.. ehehe... tp ok sket lah dr 1st film SF yg sblum ni tue.. hat hero dia jin kloud ven dem tue... maybe aku nak tngok ceta ni sbb heroin dia krinstin kriuk kot.. :P

encik adi said...

ya la aject, mula2 mmg aku pon nk p tgk kristin kreuk ja, tp nmpak cam dia pon xbleh blah la..

Aslina said...

nak tengok citer ni aritu...tapi sebab dah full, terbabas tengok geng plak...wat kali kedua...ekeke...dah bace review nih...rasenye nak download je la kot...ekeke...

encik adi said...

aslina- duownload, jgn tak download..